Jangan Lupa Kejar Diskaun 50% Bil Elektrik Selama PKP Sehingga September. Begini Caranya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersambung lagi bermula 15 April sehingga 28 April. Jika keadaan masih lagi membahayakan buat rakyat, tak mustahil jika PKP ini akan disambung untuk beberapa jangka masa lagi.

Faham-faham sahajalah bila rakyat semua sudah duduk rumah, sudah tentu penggunaan elektrik akan lebih banyak berbanding sebelum ini. Mana tidaknya, penggunaan kipas, lampu, penghawa dingin, televisyen yang sepanjang hari serta gajet yang akan digunakan lebih dari biasa.

Tentu ketua-ketua keluarga akan bimbang jika pembayaran bil elektrik akan lebih banyak dari biasa. Mana tidaknya, kegunaan wang yang ada perlu sangat dihadkan dan berjimat cermat.



Tapi jangan bimbang, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini pengguna kediaman juga diberikan diskaun untuk bil elektrik.

Lebih menjimatkan bila diskaun sehingga 50 peratus! Tapi dengan syarat dimana, anda kena usaha untuk turunkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. Lagi sikit anda juga, lagi banyak diskaun dapat.

Kadar diskaun bergantung pada jumlah penggunaan

Berikut adalah kadar diskaun yang akan diperoleh pengguna domestik/kediaman berdasarkan TNB:



Lebih mudah lagi, pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk mendapatkan diskaun ini. Ia diberikan secara automayik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September.

Dipetik dari laman web rasmi TNB



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen