Duduk Di Rumah Pun Stamina Boleh Berkurangan. Amalkan 5 Jenis Buah Ini Bantu Kekalkan Stamina Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak-sejak terpaksa duduk di rumah ini, tentu sudah ramai yang kelihatan agak lesu dan mula rasa lemah. Itu belum lagi mereka yang terpaksa berkerja dari rumah, tentu suasananya agak berbeza berbanding dengan sewaktu anda di pejabat.

Stamina anda juga sudah tentu semakin berkurangan. Yang kerja dari rumah ini perlukan lebih banyak stamina berbanding dari biasa. Menurut stylecraze.com, buah adalah salah satu cara untuk anda bangkitkan stamina diri anda. Malah, ada beberapa jenis buah yang sangat membantu untuk membekalkan stamina pada tubuh badan anda.



1. Epal



Epal mempunyai kandungan kalori yang dapat meningkatkan tenaga tubuh badan. Kandungan karbohidrat, serat, besi, vitamin, dan mineral sangat baik untuk tubuh kita. Kandungan epal quercetin dapat membantu meningkatkan imuniti, mengatasi keradangan, dan menjadikan kita lebih bertenaga. Quercetin adalah pigmen tumbuhan yang mengandungi sebatian antioksidan yang cukup kuat, iaitu flavonoid. Kerana ia adalah serat yang tinggi, epal juga boleh membuat kita lebih kenyang dengan lama.

2. Pisang



Pisang adalah salah satu jenis makanan yang terbaik untuk meningkatkan tenaga dan stamina. Satu pisang sederhana mengandungi 105 kilokalori tenaga, 27 gram karbohidrat, dan 3 gram serat. Kandungan potasium pisang dapat meningkatkan metabolisme tubuh. Buah ini juga merupakan sumber tenaga yang baik untuk meningkatkan daya tahan semasa bersukan.

3. Buah delima



Buah delima kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Makan buah delima dapat membantu menjaga kesihatan tubuh, kesihatan kardiovaskular, dan meningkatkan imuniti. Kita boleh menikmati buah delima dengan memprosesnya ke dalam jus atau mencampurkannya ke dalam bijirin.

4. Strawberi



Satu ratus gram strawberi mengandungi 32 kilo kalori tenaga, 2 gram serat, 7 gram karbohidrat, dan 5 gram gula semulajadi. Buah berwarna cerah ini juga mengandung vitamin C yang dapat meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan fizikal.

5. Oren



Tak diragukan lagi kandungan vitamin C buah oren sangat baik untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Sebuah penelitian membuktikan bahawa orang yang mengambil vitamin C yang lebih tinggi akan mengalami gejala keletihan yang lebih sedikit. Kita boleh ambil buah oren yang segar secara langsung, boleh juga dengan dijadi minuman jus.

Sentiasa kekalkan stamina anda dalam keadaan yang baik walaupun anda di rumah. Kekal sihat dan duduk di rumah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen