"Si Dia Suka Melayan Orang Lain Dengan Mesra..." Ini Tanda Pasangan Anda Belum Sedia Nak Setia Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua orang berhak mendapat peluang kedua, ini kerana kadang kala sikapnya sendiri yang sememangnya tidak mahu berubah malah hanya sekadar memberikan alasan untuk selamatkan dari. Peluang yang diberikan oleh anda adalah kerana anda sayang pada dirinya, akan tetapi dia pula belum bersedia lagi nak berikan kasih sayang dan kesetiaannya pada anda.

Nak-nak lagi selepas dirinya kantoi curang atau bermesraan dengan orang lain. Sebagai seorang yang inginkan hubungan serius dan sudah memikirkan masa depan, anda sepatutnya elakkan perkara sebegini. Ini kerana, ia hanya membuang masa anda sahaja terhadap hubungan yang tiada masa depan.

Nak tahu macam mana seorang itu belum bersedia untuk berikan kesetiaanya pada anda, ini yang anda boleh lihat pada dirinya.



1. Sikapnya yang berubah-ubah

Sekejap baik atau sekejap dingin sudah tentu mengudang rasa tidak selesa buat diri anda. Dimana, bila dia bosan atau perlukan sesuatu, dia akan melayani anda dengan baik tetapi bila sebaliknya dia semacam ingin berperang dengan anda. Biasanya, mereka yang sikapnya berubah-ubah ini orang yang sembunyikan kesalahan dirinya. Dia menjadi marah dan dingin kerana takut rahsianya diketahui.



2. Suka rahsiakan hubungan kalian

Menurutnya, dia tidak mahu hubungan ini kecoh kerana bimbang tidak ke mana atau ada yang tidak suka. Sedangkan, dia ingin rahsiakan kerana mahu menyimpan beberapa orang lagi sebagai kekasihnya. Sebab itulah dia tidak pernah kenalkan anda pada rakan-rakan atau keluarganya.

3. Jarang bercakap mengenai masa depan

Jika dia benar-benar inginkan diri anda, tentu sahaja dia sangat teruja untuk bercakap mengenai masa depan kalian. Dia akan merancang pelbagai perkara kerana dia rasakan anda adalah orang yang akan menjadi peneman hingga ke akhir hayatnya. Kira anda yang terakhir buatnya, itu yang membuatkan dia suka bercakap mengenai masa depan bersama anda.



4. Suka simpan rahsia

Suka sembunyikan telefon dan sentiasa berhati-hati dalam semua perkara adalah tanda dia bimbang kalau ada yang tahu mengenai kalian. Jadi, dirinya akan banyak berbohong demi memastikan rahsianya selamat tanpa diketahui anda. Nak-nak lagi apa yang tersimpan di dalam telefon bimbitnya. Boleh jadi dia bukan simpan satu tapi dua telefon bimbit.

5. Anda bukan keutamaan

Lebih utamakan perkara lain selain anda, nak-nak lagi jika ia melibatkan rakan-rakannya anda selalu diketepikan. Jika anda merasakan seperti itu, maka dia sememangnya tidak mahu anda menjadi yang utama dalam hidupnya, ataupun dia sememangnya rasa anda ini tidak penting.

Apabila berjumpa dengan seseorang yang belum bersedia beri kesetiaannya pada anda, jangan berharap apa-apa padanya. Malah, jangan mudah percaya akan janji palsunya. Nanti anda juga yang akan terluka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen