Eh, Kena Block Oleh Si Dia? Ini 5 Perkara Buat Si Dia Turn Off Pada Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah atau tidak tiba-tiba anda ditinggalkan bergantung tidak bertali? Tengah syok-syok dalam proses berkenalan tiba-tiba si dia lenyapkan diri. Segala pesanan tidak berbalas malah tahu-tahu kena block.

Aduh! Tentu rasa sakit hati bila terpaksa berdepan dengan perkara sebegini. Nak-nak lagi bila anda ini sudah ada bibit-bibit perasaan suka terhadap dirinya, tapi kenapa pula dia buat anda seperti ini?

Ada pasangan lain ke? Anda kene friendzone? Ataupun dia turn off dengan anda?

Ramai yang tidak sedar, bila seseorang mula hilangkan diri dan block anda dari segala media sosialnya, itu tandanya dia turn off dengan anda atau dia tidak berminat dengan anda. Dalam tempoh berkenalan, sangat penting untuk anda jaga tingkah laku dan kawal diri anda sebaiknya agar dia tidak larikan diri kerana takut akan anda.



Jadi, apa yang buat seseorang turn off?

Baru berkenalan tapi dah macam bercinta

Mungkin anda terlalu terburu-buru dalam bertindak. Kadang kala seseorang hanya ingin berkenalan terlebih dahulu sebelum memulakan langkah untuk berkawan atau bercinta dengan anda. Dengan tindakan anda itu, dia tidak selesa dan merasakan anda berlebihan. Baik dia angkat kaki sebelum jadi lebih teruk.



Mesej yang terlalu membosankan

Kadang kala, mesej ini sangat memainkan peranan bila kalian berkenalan dalam media sosial atau laman mencari jodoh. Dengan segala mesej ini, dia boleh tahu anda ini bagaimana orangnya. Mesej yang membuat dia teruja akan lebih memudahkan kalian untuk ke langkah seterusnya. Tapi kalau boring dan sikit-sikit tanya “tengah buat apa?” itu sememangnya membosankan.

Terlalu ingin tahu kehidupan peribadi

Ada orang, dia tidak selesa untuk berkongsi hal peribadinya dengan seseorang yang baru sahaja dia kenali. Mungkin bagi anda okay, tapi tidak dirinya. Bila diasak dengan terlalu banyak soalan peribadi, itu akan membuatkan dia tidak selesa lalu meninggalkan anda.



Bangga diri sampai berlebihan

Sesekali memang anda ingin bangga diri sedikit untuk buat dirinya kagum dengan anda, tapi jika ia berlebihan mungkin akan timbulkan rasa tidak selesa atau menyampah pula. Jadi lebih baik bersederhana jangan berlebihan sampai orang tak suka kita.

Kurang bijak dalam beberapa isu

Ada sesetengah orang dia sukakan pasangan yang bijak dalam berkata-kata atau cekap memahami. Tapi, jika anda bukan seperti yang dia mahukan, dia akan cepat turn off. Bukan salah anda tetapi tidak cukup kiteria sahaja.



Buat-buat polos yang keterlaluan

Mungkin bagi anda seseorang yang polos itu kelihatan comel, tapi tidak semua orang sukakan pasangan sebegitu. Jadi, bila anda terlalu kelihatan polos sehingga membuat dirinya rasa rimas, tentu sahaja dia akan turn off dengan anda.

Kadang kala seseorang turn off dengan anda bukan kerana punca diri anda tetapi boleh jadi dirinya juga salah satu punca. Anda pernah turn off dengan seseorang?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen