Amalkan 10 Makanan Enak Ini Tapi Mampu Buat Anda Kurus.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak inginkan bentuk badan yang ideal, kadang bukan nak bentuk badan sangat tapi inginkan berat yang sesuai dengan tubuh badan. Tidak hanya itu, rata-rata yang bersungguh-sungguh untuk diet ini adalah mereka yang mengidamkan untuk memakai baju yang mereka mahukan.

Selain dari itu juga, sesetengah orang berdiet atau jaga makan kerana ingin ingin memiliki tubuh badan yang sihat. Masa muda inilah masa yang sesuai untuk anda jaga badan, dan jauhkan dari segala jenis penyakit.

Akan tetapi, bukan satu yang mudah untuk turunkan berat badan, miliki badan yang ideal serta menjaga pemakanan ini. Kalau tidak kuat, memang akan cepat putus asa di tengah jalan tapi ada juga yang berjaya. 

Ramai yang beranggapan bila nak kurus sahaja, akan lebih banyak makan sayur dan juga buah-buahan. Malah, makanan ini semuanya tidak sedap dan seenak biasa. Tapi jangan bimbang, 10 makanan ini bukan sahaja bantu anda kuruskan badan tapi juga enak untuk dimakan.



Menurut seorang jurulatih sukan dari Fitstyle_NJ, makanan sihat di bawah yang diakui keberkesanan dalam menurunkan berat badan seseorang.

Telur rebus – Telur putih yang hanya 50 kalori dan ada 11 gram protein dan sikit lemak yang selamat.

Roti wholemeal – 2 keping roti wholemeal dalam 80 kalori dan tinggi kandungan serat dan kurang dari 10 gram karbo (boleh diganti sebagai nasi putih).

Ubi kayu manis (sweet potato) – 100 gram sekitar 90 kalori tapi kaya dengan serat dan sangat rendah glecymix index dan buatkan anda akan rasa kenyang lebih lama.

Ubi kentang – Seketul yang besar 150 gram baru sekitar 150 kalori tetapi ianya kategori karbohidrat yang sihat dan padat perut.

Oat – 166 kalori untuk satu hidangan. *saiz hidangan 1 sudu besar atau bersamaan 14 gram = 10 kalori saiz hidangan 100 gram = 71 kalori dan ada serat.

Salmon dan tuna – Protein yang sangat bagus dan mengandungi lemak baik omega 3 dan ianya membantu mengurangkan lemak bahagian perut.

Protein shake – Salah satu meal replacement yang lengkap dan tinggi micro nutrition dan rendah kalori sekitar 90-150 kalori hidangan dan senang dicerna (liquid meal).

Sayur ulaman segar dan salad – Makanan terbaik untuk yang betul-betul inginkan rasa segar dan kalori yang rendah dan karbo sihat. Dan sayuran segar sangat membantu penghadaman.

Pisang – Senang didapati dan ada karbo tenaga yang cukup terutama untuk snacking dan pre workout meal sebelum exercise.

Spaghetti dan pasta – Masak kosong digaul dengan olive oil dan goreng tanpa minyak dan mungkin boleh letak sikit perasa prego sebagai perasa tambahan.

Jadi, siapa kata nak kurus kena makan makanan tak sedap. Ambil makanan di atas dan praktikkan cara masakan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen