Wanita Takut Jika Bersuamikan Lelaki Yang Ada Ciri-Ciri Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kenapa wanita lebih berhati-hati dalam memilih suami, walaupun dia tidak lagi kenal seseorang dia lebih memilih untuk menolaknya. Selalu bukan perkara ini berlaku. Bukan kerana dirinya jual mahal atau memilih, tetapi mereka ini takut jika tersalah pilih suami.

Suami ini adalah tempat bergantung dan pelindung buat dirinya bila dia menjadi seorang isteri. Akan tetapi, bila seorang suami yang sepatutnya memberi pelindungan dan menjaga isterinya sebaik mungkin tidak lakukan perkara tersebut, tentu si isteri iaitu wanita akan menjadi mangsanya.

Jadi, jangan salahkan wanita mengapa mereka ini memilih. Mereka ini memilih kerana ingin bahagia pada masa depan. Jika lelaki dia boleh membimbing isterinya, tapi jika wanita tersalah pilih suami belum tentu dia mampu membimbing suaminya.



Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang wanita tidak mahu ada pada suaminya.

1. Panas baran

Perkara ini sangat ditakuti oleh kaum wanita. Bila bersuamikan lelaki yang panas baran, tentu sahaja silap sedikit dia akan dimaki hamun. Siapa yang mahu hidup bersama seorang seperti ini. Itu belum lagi salah orang lain tapi dia pula yang mendapat tempisannya.

2. Kaki pukul

Tiada siapa pun yang mahu dipukul tanpa sebab. Nak-nak lagi seorang isteri perlu dilindungi dan dijaga dengan baik. Jika dipukul dengan kudrat seorang lelaki, mana-mana wanita tentu tidak tahan. Isteri ini amanah buat suami bukannya tempat lepaskan kemarahan.



3. Mata keranjang

Seorang isteri sudah tentu mahukan suami yang setia pada dirinya. Kalau tidak mampu berikan kesetiaan, sudah tentu hubungan yang terbina akan penuh dengan kecurangan. Tentu isteri akan makan hati dengan perkara sebegini. Sebab itu, sebelum terluka lebih baik undur diri.

4. Kedekut

Tidak salah kalau nak kedekut orang lain tapi dengan isteri dia berikan semuanya. Ini kalau dengan isteri dan anak-anak pun berkira, bagaimana seorang isteri tidak terluka. Lebih hebat lagi, segalanya ditanggung oleh isteri tetapi suami lebih kepada diri sendiri.



5. Pentingkan diri

Bila dah kahwin, anak-anak dan isteri adalah keutamaan, bukannya perkara lain. Jika lebih utamakan diri sendiri dan abaikan tanggungjawab, tentu isteri di rumah makan hati. Jadi sebelum perkara ini berlaku, lebih baik wanita jauhkan diri dari lelaki seperti ini.

6. Mendahkan perempuan

Bukan minta untuk disanjungi, tetapi wanita mahu dihargai. Jika bersuamikan lelaki yang suka merendahkan wanita, tentu sahaja hati tak tenang dan sentiasa kecewa.

Banyak lagi ciri-ciri lelaki yang wanita takut untuk dekati. Wanita ini mahu dirinya disayangi dan dilindungi, bukannya kebahagiaan yang diangankan ditindas dan diabaikan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen