Pasangan Berdarah O, Ini Keunikan Mereka Yang Perlu Anda Tahu. Komited Tinggi & Setia Itu Sudah Tentu!

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah tentu ramai yang tahu bahawa mereka yang berdarah O ini adalah orang yang sangat pemurah. Mana tidaknya, golongan darah ini boleh menjadi penderma darah kepada semua jenis darah. Nampak tak betapa pemurahnya mereka berdarah O ini.

Bukan sahaja pemurah, mereka ini juga mempunyai personaliti yang unik dan berbeza dengan mereka yang lain. Bila anda berkenalan dengan mereka, ataupun pasangan anda berdarah O, anda sangat beruntung sebenarnya.

Ini kerana, mereka ini seorang yang sangat komited tinggi. Haaa... kalau bab kerja pun dia dah komited tinggi inikan pula dalam hubungan. Mereka ini tentu akan menjaga anda dengan baik dan juga bersungguh-sungguh dalam hubungan. Jadi tidaklah anda bimbang atau ragu-ragu dengan tahap keseriusan mereka pada diri anda.



Lebih menguntungkan apabila dapat mereka ini adalah mereka sangat setia. Wow! Setia ini yang susah nak cari bukan? Mereka ini, bila dah sayang akan seseorang memang tidak akan dilupakan. Jadinya, anda tak perlu bimbang dengan mereka ini. Sudah tentu mereka akan setia dengan diri anda, dan jauh sekali untuk curang.

Walaupun pada luarannya mereka ini kelihatan agak garang, keras, dan tegas, tetapi sebenarnya hati mereka ini mudah terluka. Jadi, jangan takut kalau dia buat-buat garang, sebab dalam hati tentu tersimpan belas kasihan yang tersembunyi. Jadi, kalau bergaduh dengan anda pun, tentu tidak lama sebabnya dia sendiri akan mencari anda nanti.



Mereka juga dikatakan seorang yang sangat berani tetapi mereka selalu bimbang kalau-kalau dirinya berdepan dengan kegagalan. Tapi, jangan risau bila berdepan dengan kegagalan, dia akan tabah dan juga mampu berdepan dengannya.

Mereka ini adalah seorang yang pemaaf dan tidak menyimpan dendam. Setiap masalah atau apa yang berlaku, mudah untuk dia lupakan dan tidak cuba untuk mengingatinya. Tidak kiralah perkara yang besar ataiu kecil tapi bila anda menyatakan maaf, dia akan memaafkan diri anda.



Paling menyentuh hati adalah, dia sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Mereka rela melepaskan pemergian seseorang demi kebahagiaan orang tersebut, walaupun dalam diam dia akan tangisi pemergian orang tersebut. Namun bila memikirkan kebahagiaan, dia akan menjadi lebih kuat.

Tapi perlu diingatkan bahawa mereka ini kalau berbuat baik dengan mereka, maka mereka juga akan berbuat baik dengan anda. Akan tetapi, bila anda berbuat jahat dengannya maka dia akan jadi lebih jahat dari anda. Jadi, hati-hati bila nak lukakan hati mereka atau berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya.

Untung jika anda mempunyai pasangan berdarah O ini, mereka ini unik sama juga seperti darahnya. Jadi, bila dah dapat terus jaganya dengan baik.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen