Kendalikan Stres Bersama Pasangan Ketika PKP, Elak Bertengkar Nikmati Masa Bersama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata kalau “jauh rindu-rinduan, tapi kalau dekat cakar-cakaran” itulah yang terjadi pada pasangan suami isteri saat Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sudah sebulan rakyat Malaysia berdepan dengan PKP ini, tentu ada segelintir daripada kita berdepan dengan kebimbang disebabkan beberapa perkara.

Walaupun dapat meluangkan masa bersama keluarga, tapi bila otak kusut memikirkan pelbagai perkara tentu akan menjadi salah satu punca tercetusnya emosi yang tidak terkawal.

Menurut Dr John Gottman dalam bukunya “7 Principle For Making Marriage Work”, beliau memasukkan salah satu cara untuk mewujudkan kestabilan dari segi emosi dalam perhubungan, iaitu pasangan mestilah ada satu masa tersendiri yang dikenali sebagai separate time.

Masa tersendiri ini boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti bekerja, bersosial dengan rakan, bersukan dan akhirnya kembali ke rumah. Barulah wujudnya kerinduan dan tenaga yang baru untuk berkomunikasi dengan pasangan.

Apabila kita sentiasa berada di rumah, kebosanan akan mula menerpa. Kelesuan mental dan fizikal yang kurang aktif, malah banyak menghabiskan masa dengan melayari internet sehingga berlebihan juga boleh mengundang kepada keletihan emosi.



Jay Shetty menyifatkannya sebagai junk media seperti makanan segera yang nampak menyeronokkan tetapi boleh mendatangkan kelesuan dan kesakitan pada tubuh badan.

Bukan mudah kadang kala, tapi untuk menjaga hubungan serta gaya yang sihat dari segi emosi dan mental, ini yang anda boleh lakukan saat berdepan dengan masalah kuarantin di rumah bersama pasangan.



1. Belajar menerima hakikat mengenai wabak

Mungkin pada ketika ini, ada yang gajinya tidak berbayar, ada pula yang terpaksa mencari kerja baru ataupun tidak dapat menjana pendapatan. Sudah tentu agak tertekan memikirkan semua perkara ini, namun tiada apa yang boleh anda lakukan selain berdoa agar wabak ini cepat berlalu.

Maka dengan itu, terima segala yang telah ditetapkan olehnya, bahkan buat aktiviti di rumah dengan perkara yang menyeronokan supaya anda tidak terlalu memikirkan perkara yang merungsingkan anda. Mana tahu selepas ini rezeki anda lebih baik.

2. Guna kata ganti diri “saya” ketika hendak menyuarakan keperluan emosi diri

Kadang kala banyak perkara yang ingin anda luahkan tapi tersalah menggunakan kata ganti diri yang sesuai ataupun penggunaan nada yang sedikit keras. Apa kata selepas ini bila ingin menyuarakan sesuatu, gunakan nada yang lebih elok serta gunakan ganti diri yang sedap didengari. Masa ini, tersilap sedikit pun boleh mengguris hati pasangn.



3. Mendengar keluhan pasangan tatkala wabak melanda

Masing-masing tentu mempunyai pendapat dan keluahan mengenai apa yang berlaku. Jadinya, sebagai pasangan cuba untuk dengar dan berikan perhatian kepada pasangan anda. Menjadi pendengar yang baik buat pasangan pada saat ini juga salah satu cara anda membantu menenangkan dirinya. Jadi dengarkan sahaja segala katanya.

4. Berikan ruang antara satu sama lain

Kata Dr Schroeder, dalam usaha untuk mengekang wabak Covid-19 ini, kita perlu amalkan jarak sosial dari segi emosi juga. Hal ini kerana, bukan sahaja keselamatan fizikal yang perlu dijaga, namun juga kesejahteraan mental.

Setiap orang memerlukan ruang yang tersendiri. Terlalu rapat juga tidak bagus kerana ia boleh merimaskan pasangan. Manusia perlukan waktu tertentu untuk merehatkan mentalnya daripada kebisingan pendapat orang lain atau masalah-masalah lain yang perlu difikirkan.



5. Hidupkan suasana romantik sentiasa

Dr Ortega mencadangkan agar tarikh-tarikh penting ketika awal perkenalan dahulu sentiasa diingatkan antara satu sama lain.

Dalam waktu ini, kita mungkin tidak boleh pergi ke tempat-tempat luar, namun kita boleh sama-sama mencipta situasi yang romantik seperti meja makan malam dan seumpamanya hanya dengan berada di rumah.

6. Berfikiran positif

Jangan terlalu berfikiran negatif mengenai apa yang berlaku, ia akan mengganggu mental dan emosi anda. Bersangka baik dan berfikir dengan positif mengenai wabak ini. Bukan itu sahaja, sentiasa berdoa agar wabak ini segera berlalu dan kehidupan kita semua kembali seperti sedia kala.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, boleh jadi hikmah semua ini adalah untuk kita lebihkan ibadat dan luangkan masa sebanyak mungkin dengan keluarga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen