Maksud Tersirat Di Sebalik Sirih Junjung.

Oleh: Rafi

Maksud Tersirat Di Sebalik Sirih Junjung.

Adat masyarakat Melayu, sirih junjung adalah perkara wajib dibawa ketika proses merisik dan meminang. Ia diibaratkan sebagai `penghulu’ kepada segala hantaran. Zaman dulu, sirih junjung disediakan oleh pihak lelaki dan tepak sirih dilengkapi gambir, pinang dan kapur pula pihak perempuan. Fungsinya sebagai `pembasah mulut’ ataupun sebagai pembuka bicara.



Makna tersirat:

- Sirih : Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.

- Kapur : Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi dalam keadaan tertentu yang memaksa ia akan berubah lebih agresif dan marah.

- Gambir : Sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.



- Pinang : Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.

- Tembakau : Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.

Zaman dulu, pihak keluarga penerima akan mengagihkan kepada saudara-mara helaian daun sirih daripada sirih junjung apabila selesai majlis. Lazimnya, sirih diberi kepada anak gadis untuk diambil berkatnya supaya segera bertemu jodoh. Untuk menghasilkan sirih junjung, daun sirih yang segar dan tidak rosak rupa fizikalnya dipilih. Saiz yang dipilih juga pelbagai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen