Wanita Yang Mudah Ketawa Lebih Senang Mendapat Tempat Di Hati Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu kita bercakap mengenai lelaki yang pandai membuat wanita ketawa atau lawak akan mudah buat jatuh cinta. Walaupun lawak yang tidak berapa kelakar pun, tetap mudah mendapat tempat di hati wanita. Sama juga dengan lelaki, mereka juga sukakan wanita yang mudah terhibur dan ketawa riang. Yang muka ketat 24 jam dan susah sangat nak ketawa ini letih nak layan.

Hubungan tanpa gelak ketawa akan terasa kosong dan suram, lainlah kalau dalam masalah. Namun, hubungan yang penuh gelak ketawa ini akan mampu ubah mood seseorang walaupun pada ketika itu moodnya tidak begitu baik.



Kalau wanita tertarik dengan lawak dan jenaka lelaki, manakala lelaki pula akan tertarik dengan wanita yang lebih mudah terhibur. Tapi bukan jenis ketawa yang buat-buat atau keterlaluan pula. Sisi ini sebenarnya memang mempunyai daya pemikat tersendiri.



Lawak jenaka mampu buat suasana lebih selesa

Sangat penting untuk setiap pasangan mempunyai masa untuk bergurau dan ketawa. Perkara inilah yang akan membuatkan hubungan menjadi lebih selesa serta masa yang dihabiskan bersama lebih gembira. Walaupun ada salah faham, tetapi gelak ketawa mampu kurangkan ketegangan yang dirasai.

Begitu juga dalam memikat seseorang. Jika wanita lebih mudah terhibur, dia akan lebih mudah mendapat gurau atau bahan lawak dari lelaki. Bagi orang lelaki, perkara sebegini menyenangkan dan mereka juga senang melihat wanita ketawa. Sebab itulah lelaki bila mudah ketawa dengan bahan lawaknya, dia semakin mendekati wanita tersebut.



Ketawa membuat anda awet muda

Gelak ketawa ini akan membuat sesiapa sahaja kelihatan muda, bahkan hubungan yang dipenuhi gelak ketawa juga boleh menjadi lebih muda. Maksudnya, hubungan itu selalu berkekalan dan cinta sentiasa dapat dijaga. Terdapat tarikan tawa dan senyuman khas. Tidak hairanlah bahawa seseorang akan kelihatan menarik ketika ketawa.

Semoga kita dapat berjumpa dengan pasangan yang mampu gelak ketawa dan menangis bersama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen