Bayi kembar ini memang cukup menarik perhatian orang perempuan. Nampak begitu comel sehingga ramai yang teringin memiliki anak kembar ini. Tapi sering kali dinyatakan bahawa pasangan yang ada keturunan kembar yang lebih tinggi lebih berpeluang untuk memilikinya.
Namun begitu, siapa kata yang tiada genetik kembar tiada peluang. Ramai sahaja pasangan yang tidak ada genetik kembar berpeluang memiliki anak kembar jika kena dengan usahanya. Perkara ini dikongsi oleh Pakar Sakit Puan terkenal, Dr. Hamid Arshat.
Nak anak kembar, ini 8 tips yang boleh suami isteri usahakan.
Ini adalah kandungan kembar yang berusia 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh beih suami secara berasingan. Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki, embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar.
1. Orang Asia 1-2%
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4%
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4%
Orang putih Amerika dan Eropah kadarnya 3%
Orang Asia termasuk orang Malaysia terdedah 1-2% sahaja.
2. Keturunan kembar sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
3. Hamil umur 40 tahun ke atas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil 40 tahun keatas.
Pemakanan, supplemen tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga dititikberatkan.
4. Amalkan supplement vitamin dan Asid Folik.
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplemen vitamin dan asid folik lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan produk tenusu
Ada yang menyatakan mereka sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6. Makan keladi dan ubi
Orang-orang asli Afrika yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5-10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI dan IVF
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga tips ini berguna buat mereka yang teringin anak kembar.
Tinggalkan Komen