Antara Punca Pasangan Tawar Hati Dalam Hubungan. Jaga Hati Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata tawar hati ini tiada ubatnya. Bila seseorang dah tawar hati, pandang tak mahu dengar suara lagi lah tak nak. Tawar hati ini bukan rasa benci, tapi boleh dikatakan perasaan yang hilang terhadap pasangan dan juga hubungan.

Bila pasangan ada sudah merasakan ini dalam hubungan kalian, tiada peluang lagi buat diri anda. Nak cuba dapatkan hatinya sudah terlambat, nak berubah pun dia sudah tidak percaya lagi.

Tidak kiralah masa bercinta atau sudah berkahwin, tawar hati ini boleh berlaku hanya berpuncakan pasangan dan juga hubungan itu sendiri. Kalau sudah berkahwin, ramai yang bertahan kerana fikirkan anak-anak tapi kalau masa bercinta ramai yang pilih untuk tamatkan hubungan.



Tawar hati ini sangat teruk kesannya pada hubungan anda. Anda tidak akan tahu bila dirinya akan tawar hati dan apa yang membuatnya sebegitu. Tapi anda boleh kawal dan cuba elakkan perkara sebegini berlaku dalam hubungan.

Berikut adalah beberapa punca pasangan tawar hati dalam hubungan kalian.

Terlalu banyak mengalah

Dalam hubungan, dia lebih banyak mengalah dengan anda dan mengikut segala sikap pentingkan diri anda. Bagi anda, dia adalah pasangan yang memahami anda sebaik mungkin, tapi sebenarnya itu hanya memakan dirinya sendiri.

Bila anda terlalu pentingkan diri anda sehingga tiada runag untuk dirinya, maka lama kelamaan dia akan terluka dan mula mementingkan dirinya sendiri. Masa ini, dia akan memilih untuk bahagiakan dirinya sendiri.



Banyak pendam perasaan

Terlalu banyak pendam perasaan pun boleh buat seseorang tawar hati. Walaupun dia sendiri yang tidak meluahkan perkara tersebut, tapi kalau terlalu banyak perkara yang melakukannya itu yang membuatkan dia menjadi tawar hati.

Biasanya pasangan seperti ini hanya biarkan sahaja pasangan dia lakukan apa yang dia suka. Sebagai contoh, bergurau kasar, lebihkan orang lain ataupun keluarkan kata-kata yang menyakitkan dirinya. Lama-lama semua itu boleh buat dirinya tawar hati.



Hanya dia yang bersungguh

Bila hanya dia yang bersungguh-sungguh pertahankan hubungan, dia yang cuba sedaya upaya jernihkan yang keruh dan ambil hati anda, tapi anda tidak melakukan tindakan yang sama. Jangan terkejut kalau dia akan tawar hati dengan anda.

Seseorang yang hadir dalam hidup ini perlu dihargai, jangan sesekali anda abaikan. Perkara sebeginilah yang membuat dia rasa tidak dihargai lama kelamaan, dia mula tawar hati. Kalau rasa tidak mahukan dia, terus terang sahaja. Jangan bila anda mahukan dia, dia pula sudah tak sudi. Anda juga yang rugi nanti.

Hubungan sebelah pihak

Pernah ada seseorang yang begitu mahukan anda dan berusaha untuk dapatkan anda? Jika anda pernah laluinya, anda sangat beruntung. Akan tetapi, adakah anda hargai dirinya? Adakah dia masih bersama anda ketika ini? Jika tidak, itu tandanya dia sudah mengalah dan tawar hati dengan hubungan sebelah pihak sahaja.

Tawar hati ini ramai yang tidak nampak punca dan sebabnya, tahu-tahu sahaja dia mahu berpisah dan tamatkan hubungan. Tapi sebenarnya, anda sering kali melakukan beberapa punca seperti di atas.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen