Jangan Jadi Orang Ketiga Dalam Hubungan. Ini Tips Elakkan Diri Jadi Pihak Ketiga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari pasangan, sudah tentu menjadi satu kebimbangan jika tiba-tiba anda menjadi pihak ketiga dalam hubungan seseorang. Boleh jadi anda anda dapat pandangan negatif secara tidak langsung memberi kesan buruk pada diri anda.

Nak-nak lagi jika menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain ini mudah menimbulkan kemarahan sesiapa sahaja. Jika anda terlibat dalam hubungan ini, lebih baik anda hentikan segera.

Kadang kala, seseorang terlibat dalam hubungan tiga segi ini bukan kerana dia sengaja tetapi dia juga turut menjadi mangsa. Ada yang ditipu menyatakan dia bujang bahkan ada juga yang sengaja sembunyikan status dirinya. Tapi bila perkara ini diketahui umum, anda sebagai orang ketiga juga yang akan mendapat kritikan dari ramai orang.



Jadi macam mana nak elakkan diri anda menjadi orang ketiga. Berikut adalah caranya.

Ketahui status si dia

Bila nak berkenalan dengan seseorang, anda perlu lebih jelas dengan status dirinya. Kalau boleh cari tahu siapa dia dan apa status dirinya. Jika dia menyatakan dia bujang, anda kena lebih berwaspada, mana tahu kalau dia tidak berlaku jujur. Akan tetapi, jika dia berkata sudah berkahwin atau sudah dimiliki, lebih baik anda undur diri sahaja.

Memilih pergaulan anda

Hati-hati dalam berkawan, nak-nak lagi jika dia itu sudah dimiliki. Jangan terlalu rapat dan mesra dengannya, malah jangan ganggu dirinya jika tiada urusan yang penting. Jika anda tidak mahu terlibat dalam perkara yang lebih serius.
Ini kerana, dengan menjaga pengaulan anda, dapat menggelakkan diri anda terjerumus dalam hubungan yang tidak sepatutnya. Melainkan diri anda sememangnya mahu menjadi orang ketiga.



Libatkan orang ketiga

Jika tidak mahu orang salah faham akan hubungan anda dengan dirinya, anda perlu membawa orang ketiga sebagai peneman anda. Sebagai contoh, rakan ataupun adik beradik anda. Apabila keluar seperti ini, anda juga akan jauh dari fitnah. Bahkan, pasangan si dia juga tidak akan menyerang anda secara tiba-tiba. Orang ketiga juga boleh menjadi saksi hubungan anda di tahap mana.

Pegang kuat pada prinsip anda

Jika anda sememangnya tidak mahu menjadi perosak hubungan atau orang ketiga, anda perlu ingat bahawa anda sangat berpegang pada prinsip itu. Jangan cuba-cuba untuk melibatkan diri ataupun sengaja, kerana ia hanya memberi anda masalah sahaja kelak. Jadi kalau ada yang nak ‘try’ anda walaupun dia bukan berstatus bujang lebih baik elakkan.



Bersikap profesional

Jika tidak mahu orang salah sangka dengan diri anda, maka hadkan pergaulan anda. Jika berjumpa atas urusan kerja maka selesaikan sahaja kerja anda, jika dia rakan selesaikan sebagai rakan dan sebagainya. Hadkan diri anda untuk melepasi perkara tersebut. Jangan bertanya khabar jika dia tidak mencari anda ataupun tanpa sebab. Itu semuanya akan membuka ruang menjadi orang ketiga.

Tidak mahu menjadi orang ketiga, maka semuanya bermula dengan diri anda. Kalau merasakan si dia itu sudah berpunya, jangan pergi lebih jauh lagi. Nanti anda sendiri yang terluka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen