Bluetick Menyakitkan, Ini 5 Sebab Lelaki Tidak Membalas Pesanan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menghantar pesanan tanpa balasan sememangnya agak mengecewakan diri anda, nak-nak lagi jika anda hanya dia biarkan blue tick saja. Mana tidaknya, perbuatan anda itu seolah-olah hanya syok sendiri saja. Sebelum ini, dia okay sahaja melayan anda dengan baik tapi tiba-tiba dia mula berubah.

Tentunya anda bingung bila dalam keadaan seperti ini. Anda ingin berkenalan dengannya lebih mendalam lagi, tapi jika segala pesanan hanya dibiarkan blue tick dan tidak berbalas macam mana nak saling berkenalan.

Orang kata kalau nakkan seseorang kena berusaha, ini tak sempat nak berusaha sudah tiada jalan lagi. Jangan mengalah, tentu ada sebab mengapa dia lakukan perkara itu.



Tidak mahu letak harapan

Perkenalan yang singkat itu cukup bermakna buat anda tetapi mungkin tidak buat dirinya. Jika perkenalan itu terus menerus, anda mungkin akan meletakkan harapan yang tinggi terhadap dirinya. Jadi untuk elakkan perkara sebegini berlaku, lebih baik dia tamatkan segera. Biasanya lelaki hanya nak berkawan sahaja, tapi kalau dah nampak anda lain macam memang dia pula akan menjauh.

Sudah berpunya

Bimbang kantoi atau baru sahaja betemu dengan pasangan yang sesuai membuatnya tidak mahu membalas pesanan anda. Untuk berlaku jujur dia tidak mampu nak lakukan takut anda kecewa, jadi dia hanya biarkan anda tertanya-tanya seorang diri. Kalau dia diam tanpa balasan itu tanpa payahlah anda tunggu lagi.



Tidak berminat

Apabila si dia tidak berminat terhadap anda, dia tidak akan membalas segala pesanan anda. Jadi dia akan biarkan sahaja blue tick begitu sahaja. Tak payah berharap sangat jika keadaan seperti ini, peluang yang anda miliki juga tipis.



Sibuk dengan dunia sendiri

Orang lelaki ini banyak aktiviti yang mereka suka lakukan saat waktu lapang. Sebagai contoh bermain game, lepak bersama rakan, tidur, menonton movie dan pelbagai lagi. Jadinya, dia lebih fokuskan akan perkara lain berbanding membalas pesanan anda. Kalau macam ini, anda belum cukup kuat lagi untuk menarik perhatian darinya.

Malas layan anda

Tidak mahu jujur bimbang menyakitkan hati anda, dia lebih memilih untuk tidak melayan anda. Baginya, anda akan berputus asa selepas itu. Kalau dia balas nak tak nak pun tak seronok juga. Jadi lebih baik tak layan.

Bila anda telah meletakkan usaha untuk mendekatkan diri dengannya tetapi dibalas seperti ini, lebih baik anda cari yang menghargai anda. Betul tak?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen