Panduan Solat Tarawih Mudah 8 Rakaat Secara Bersendirian Di Rumah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak meriah bulan Ramadhan disambut tanpa menunaikan solat sunat tarawih di surau. Sudah tentu, bulan Ramadhan pada tahun ini lebih bersederhana tapi keberkatan dan nikmatnya masih lagi sama. Akibat penularan wabak Covid-19 yang berlaku ketika ini, masjid dan surau ditutup. 

Namun itu bukanlah halangan untuk kita tidak menunaikannya. Kita masih boleh mengejar ganjaran pahala solat sunat tarawih ini di rumah secara bersendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga.

Berikut adalah panduan untuk menunaikan solat tarawih secara bersendirian atau berjemaah di rumah.

Bilangan rakaat

Bilangan rakaat solat sunat tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat, terdiri dari 8 rakaat solat tarawih dan 3 rakaat solat sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia.



Niat solat tarawih

Solat tarawih bersendirian

Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:


"Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala" 

Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat tarawih berjemaah (makmum)

Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:


"Usolli sunnatal tarawih rak’ataini makmuman lillahi taala" 

Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

• Niat ini perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir

• Oleh itu, jika anda ingin mengerjakan solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali.

Bacaan solat sama seperti solat fardhu

Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat sunat fardu atau solat sunat yang lain. Jika terdapat beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.

Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Pemilihan surah

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati. Pendek atau panjang terpulang.

Namun sebagai panduan, boleh saja membaca surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah.



Doa antara solat tarawih (selepas 4 rakaat)

Biasanya selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir. Doa tersebut adalah seperti di bawah ini;


Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin. 

Maksudnya:
Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.

Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Mengerjakan Solat Sunat Witir 3 rakaat (dua salam)

Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.

Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).

Lafaz niat Solat Witir

1.Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:


Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala 

Maksudnya:
Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala


2. Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:


Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala 

Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala

Dengan itu, selesai tiga rakaat solat sunat witir maka lengkaplah solat sunat tarawih anda.

Semoga mendapat keberkatan di bulan ramadhan yang mulia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen