Manfaat Kurma Pada Tubuh Badan Saat Berpuasa, Rugi Jika Tidak Ambil.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap kali menjelang ramadan, buah kurma pasti akan menjadi popular dan buruan ramai. Menurut kajian, permintaan terhadap buah kurma di Malaysia meningkat menjelang bulan puasa.

Walaupun sudah ramai yang tahu akan kebaikan yang ada dalam sebiji kurma, tetapi tetap sahaja ramai yang tidak mengambil kurma semasa bulan yang mulia ini. Mungkin ada yang menyatakan rasanya agak manis dan juadah lain lebih enak. Tapi ada beberapa kebaikan yang bagus untuk kesihatan tubuh badan anda jika ambil kurma saat berpuasa ini.



Ada yang mengambil kurma saat berbuka puasa malah ada juga yang mengambilnya saat bersahur. Kedua-dua ini adalah masa yang sesuai untuk makan kurma agar kekal bertenaga dan mendapatkan kesihatan yang baik.

Berikut adalah kebaikan yang bakal anda perolehi;

1. Kurma kaya dengan nuterin

Kurma kaya dengan nutrisi yang sangat baik. Sebab, buah ini dikeringkan, sehingga kandungan kalori kurma lebih tinggi daripada kebanyakan buah segar. Kandungan kalori kurma sama dengan buah-buahan kering lainnya, seperti kismis dan buah ara. Kurma mengandung kalori yang tinggi serat, malah ternyata juga mengandung beberapa vitamin dan mineral penting.

Selain itu, menurut Institut Kesihatan Nasional (NCBI), kurma juga mempunyai antioksidan yang tinggi, yang menyumbang kepad kesihatan tubuh badan.

2. Kurma tinggi serat

Semasa berpuasa, keperluan untuk serat untuk badan juga mesti dipenuhi. Mendapatkan cukup serat sangat penting untuk kesihatan. Dengan memakan satu hidangan kurma sekitar 100 gram, semasa berpuasa, pengambilan dan keperluan tubuh dapat meningkat.

Manfaatnya sangat baik untuk kesihatan pencernaan, iaitu untuk mencegah sembelit. Dalam kajian terhadap 21 orang yang memakan 7 biji kurma sehari selama 21 hari, mereka mengalami peningkatan pergerakan usus yang ketara berbanding ketika mereka tidak makan kurma.

3. Menguatkan memori

Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

4. Baik untuk kesihatan jantung

Tahukah anda, sebenarnya kurma juga boleh mencegah masalah penyakit jantung. Anda hanya perlu merendam beberapa biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya. Dengan cara ini, pasti akan dapat membantu menguatkan jantung anda. Kajian mendapati kurma juga kaya dengan sumber potasium, iaiatu membantu mengurangkan risiko serangan strok.

5. Baik untuk kesihatan tulang

Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.

Rugi kalau tidak amalkan memakan kurma ini.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen