Mulut Berbau Saat Berpuasa & Memakai Mask Memang Buat Rasa Lemas, Ini Tips Elak Mulut Berbau Saat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah mulut berbau saat bulan puasa ini sememangnya akan dilalui ramai orang. Ini adalah perkara yang biasa akan berlaku oleh sesiapa pun yang berpuasa. Punca utama perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh bakteria yang membiak di dalam mulut. Ia akan tumbuh dan hidup dengan baik dalam keadaan mulut yang kurang bersih.

Ini berlaku akibat terdapat lebihan makanan atau minuman yang tidak dibersihkan dengan baik selepas bersahur.

Selain itu, mulut berbau semasa berpuasa juga mungkin didalangi oleh faktor kekeringan air liur. Air liur adalah bahan pencuci dan pembilas mulut semula jadi. Ia bekerja dengan membersihkan lebihan makanan dan minuman yang tersimpan pada gigi, gusi, lidah dan kerongkong.



Disebabkan kita ditegah untuk makan dan minum semasa sedang berpuasa, sudah pasti air liur akan kering lantas menyebabkan lebihan makanan dan minuman tersimpan dalam mulut. Kesannya, bakteria akan tumbuh lalu membuat mulut berbau semasa berpuasa.

Jadi macam mana nak hilangkan bau mulut ini? Sudah tentu anda tidak mahu orang sekeliling rasa tidak selesa dengan anda. Bukan itu sahaja, ketika wabak Covid-19 ini, ramai yang memakai topeng muka, tentu anda juga boleh bau nafas anda.



Elak lemas dengan bau mulut sendiri, ini cara yang boleh anda lakukan.

1. Memberus gigi dengan teknik yang betul

Walaupun jadual makan dan minum anda berubah, ia tidak bermaksud anda perlu mengabaikan aspek ini. Secara amnya, kalian perlu memberus gigi setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Jadi, itulah yang wajar dilakukan. Jangan sesekali lupa untuk memberus gigi selepas bersahur dan berbuka serta sebelum tidur malam.

Cuma, elakkan dari memberus gigi pada waktu siang ya? Ia jatuh hukum makruh. Paling penting, sila memberus gigi dengan teknik yang betul iaitu menggunakan berus dan ubat gigi yang disyorkan oleh doktor. Selain itu, amalkan teknik memberus gigi dari atas ke bawah bukannya dari kiri ke kanan.



2. Gunakan flos dan ubat kumur

Memberus gigi sahaja kadangkala tidak mencukupi. Ini kerana sisa makanan dan minuman masih akan tersimpan pada lidah, gigi, gusi dan kerongkong. Jadi, sila gunakan flos untuk menarik lebihan makanan terutamanya carikan daging dan ayam pada celah-celah gigi.

Kemudian, bilas mulut anda dengan menggunakan ubat kumur. Namun, pastikan ubat kumur yang kalian guna itu bukan diperbuat dari bahan yang berbau kuat ya? Sebaliknya, penggunaan ubat kumur berperisa pudina adalah sangat disyorkan.

3. Minum air putih bagus untuk berpuasa

Bukan sahaja ia bagus untuk hilangkan mulut berbau semasa berpuasa, malahan ia juga adalah baik untuk kesihatan tubuh badan kita secara total. Oleh itu, ambillah air putih semasa bersahur dan berbuka untuk bau mulut yang lebih segar dan tubuh badan yang lebih sihat.

Dalam pada itu, elakkan dari makan atau minum masakan manis dan masin kerana ia akan membuat air liur kering. Kesannya, anda akan lebih cepat haus dan mulut akan menjadi lebih berbau.

4. Ambil lebih banyak produk tenusu

Mengejutkan bukan? Namun, itulah hakikatnya. Untuk pengetahuan anda, produk tenusu adalah sumber kalsium tinggi yang sangat bagus untuk kesihatan tulang kita. Sebagai contoh, keju yang sangat tinggi karbohidrat adalah sangat bagus untuk menguatkan gigi, meningkatkan pengeluaran air lir serta mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

Selain itu juga, susu pula sangat bagus untuk membantu hilangkan bau mulut semasa berpuasa.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen