Nak Bakar Lemak Saat Bulan Puasa, Senam Waktu Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selain berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala pada bulan Ramadan ini, sesetenfah dari kita juga sedang berlumba-lumba untuk menguruskan badan dan mendapatkan berat badan yang ideal. Agak sukar nak dilakukan saat bukan bulan puasa kerana pelbagai juadah mudah didapati, tapi bulan puasa ini agak berbeza.

Nak-nak lagi ramai yang duduk di rumah akibat PKP, sudah tentu ini peluang terbaik untuk anda dapatkan berat badan yang ideal. Tiada pembaziran makanan seperti tahun lalu, malah anda juga akan menyediakan makanan yang lebih sihat dan seimbang.

Bukan sahaja menjaga makan penting jika ingin mendapatkan badan yang diidamkan, tapi bersenam juga perlu dilakukan. Waktu yang disarankan oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri untuk bakar lebihan lemak itu dengan cepat.



Waktu terbaik sejam sebelum berbuka

Jika mahu membakar lebih banyak lemak pada bulan puasa, waktu terbaik bersenam adalah sejam sebelum berbuka. Ini kerana, selepas seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan kita terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga bersenam.



Senaman yang sesuai adalah senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (ikuat kemampuan individu).

Macam mana nak tahu heart rate 65%? Pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercungap-cungap.

Slow jog dah cukup

Disarankan senaman ringan ini dilakukan di tempat yang redup atau indoors. Sila berhenti kalau terasa pening atau loya.

Selain sejam sebelum berbuka, anda boleh juga melakukan senaman ini sejurus selepas berbuka puasa. Tapi pastikan anda berbuka dengan air kosong saja (tanpa kalori) BUKAN selepas makan nasi dan kuih bagai.

Senaman tinggi intensiti seperti Tabata, aerobik dan sebagainya tidak digalakkan dalam keadaan puasa. Walaupun nak cepat kurus, senaman ini tak disarankan.

Senaman intensiti tinggi tanpa minum air sememangnya bahaya dan boleh mengakibatkan risiko kecederaa, pangsan malah serangan jantung.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen