Waktu Afdal Untuk Berdoa Sebelum Berbuka Puasa, Sayangnya Kalau Tak Amalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bulan Ramadan kali ini, kita sambutnya dengan penuh sederhana. Dimana, tiada bazar Ramadan seperti tahun-tahun lalu serta tiada solat tawarih di masjid atau di surau. Namun begitu, tahun ini juga rasanya lebih bermakna buat umat Islam.

Walaupun bersederhana, tetapi ia mampu mengelakan pembaziran seperti tahun lalu dan ramai yang lebih berjimat cermat dalam memilih juadah berbuka. Paling penting, ramai yang dapat berpuasa bersama orang yang tersayang.

Ketika ini, masing-masing berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Malah, dengan PKP ini, ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih baik lagi dari tahun sebelum ini.



Satu perkara yang kerap kali kita terlepas pandang ketika bulan puasa ini adalah waktu yang afdal untuk berdoa dan meminta kepada Allah. Sedikit perkongsian oleh Syed Hameed tentang doa sebelum berbuka puasa yang ramai tidak tahu ini.

DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA



Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.

Cadangan doa ketika berbuka puasa:

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat ALLAH.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan.

Semoga memberi manfaat buat semua.
In sha ALLAH.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen