Bersederhana Ketika Bercinta, Dia Belum Tentu Menjadi Suami Atau Isteri Anda Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta ini memang masa yang paling seronok buat dua hati yang berkasih sayang. Nak-nak lagi saat awal perkenalan, memang itu adalah moment yang indah bahkan akan dikenang sehingga ke jinjang pelamin nanti. Mana tidaknya, masa ini semua sikap romantik akan terkeluar, bahkan sanggup melakukan apa sahaja demi yang tersayang.

Masa bercinta ini memang semua sikap yang baik-baik akan keluar, nak-nak lagi bila dah jatuh sayang dan cinta sangat dengan pasangan. Ada yang siap bagi nafkah bulan dekat pasangan, sedangkan ia bukan satu perkara yang patut dilakukan. Tapi sebab dah sayang, sanggup je ikat perut dan berikan segala yang dia mahukan.

Betul orang tua-tua kata, kerana cinta ramai yang sanggup buta mata. Walaupun tahu perkara itu tidak sepatutnya dilakukan, tapi kerana sayang dia sanggup lakukan. Tapi itulah, bila masa bercinta dah curahkan semua perkara, sudahnya bila dah kahwin sikap romantik, sweet dan baik semua dah hilang. Tinggal sikap yang tak pernah dilihat oleh pasangan je lagi.



Ramai orang masa bercinta bukan main, beria-ria dalam semua perkara. Nak tunjuk dia itu adalah pasangan yang terbaik tapi bila dah kahwin sebaliknya pula. Malah, pasangan yang anda bercinta itu belum tentu menjadi suami atau isteri anda kelak. Entah-entah hanya sekadar satu persinggahan.

Masa bercinta jangan terlalu over sangat nak tunjuk yang anda ini romantik dan begitu sweet. Malah, masa bercinta ini juga anda sibuk masukan gambar dekat media sosial sebab nak bagitu yang anda sudah mempunyai pasangan.



Masa bercinta ini lebih baik bersederhana sahaja, tak perlu nak lebih-lebih. Pasangan anda sekarang ini belum tentu lagi jodoh anda. Boleh jadi anda ini hanya menjaga jodoh orang lain sahaja. Jadi lebih baik buat sederhana tidak terlalu nampak macam dia adalah segalanya buat diri anda.

Lainlah bila dah kahwin nanti. Anda boleh lakukan semua perkara yang anda nak. Bahkan, masa inilah adalah masa yang sesuai anda serlahkan segala sikap romantik, sweet dan baik anda. Masa inilah nak tujuk pada suami atau isteri anda. Barulah perkahwinan itu ada seri dan rasa seperti bercinta. Tapi kalau awal-awal dah lakukan semua itu, lepaskan kahwin tentu semuanya akan hilang dan dah basi.

Pasangan masa bercinta ini tidak sama dengan pasangan yang akan habiskan masa sepanjang hayatnya bersama dengan anda. Jadi, bila anda yakin dia itu adalah orangnya yang akan habiskan masa hayatnya untuk anda maka lakukan segalanya untuk dia.

Bersederhana dalam bercinta, dia itu belum tentu jodoh anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen