Buat Pengantin Baru, Kena Bijak Urus Kehidupan Selepas Berkahwin. Tak Boleh Sama Macam Masa Bujang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setelah berkahwin, hidup anda tidak akan sama lagi seperti ketika anda bujang. Bermula dengan rutian harian, pengurusan rumah serta waktu rehat anda juga. Jika masa bujang, banyak anda habiskan masa untuk diri sendiri dan juga perkara yang menyeronokan tapi bila dah kahwin ini hubungan adalah perkara yang pertama.

Saat awal perkahwinan belum lagi mempunyai cahaya mata ini lah saat yang sesuai anda habiskan masa bersama pasangan anda dan juga urusakan rumahtangga secara bijak. Bila dah ada anak, anda perlu bahagi fokus anda kepada anak dan juga rutin harian anda.



Bukan satu yang mudah nak menguruskan rumahtangga yang bijak, tapi jangan bimbang dengan adanya komunikasi yang baik antara anda dan pasangan tentu semua perkara akan menjadi lebih mudah nanti.

Ada beberapa perkara yang perlu anda uruskan selepas berkahwin nanti, jangan lengahkan tetapi kena segera lakukan. Berikut adalah perkara yang perlu anda uruskan;

Tetapkan niat perkahwinan anda

Tidak semua orang dapat rezeki berkahwin seperti anda. Ada yang berharap bertemu dengan jodohnya tapi masih belum jumpa lagi. Jika anda sudah dapat rezeki ini, gunakan peluang sebaik mungkin. Gunakan ia untuk lebih dekat dengan Allah malah menjadi suami dan isteri yang terbaik sekali.



Jangan kenang saat bujang

Masa ini anda perlu urus pasangan, kena berkorban masa bersama rakan-rakan dan kadang kala kena lupakan masa rehat diri sendiri. Jangan pula masa ini anda terkenang saat bujang yang anda bebas lakukan apa sahaja. Hargai pasangan dan keluarga yang anda bina ini, kerana tidak semua orang dapat seperti yang anda ada ketika ini.

Urus kewangan

Kalau sebelum ini, kewangan anda hanya fokus pada diri anda saja, kini tidak lagi. Anda perlu merancang masa depan bersama pasangan seperti hari tua, untuk anak-anak dan juga kecemasan yang bila-bila boleh berlaku. Jangan bazirkan wang seperti waktu bujang, tapi kalau boleh cari jalan untuk tambah pendapatan.



Rela berkongsi

Dalam rumahtangga, jangan hanya pentingkan diri anda sahaja. Tetapi berkongsi semua perkara dengan pasangan anda. Berkongsi wang ringgit, kegembiraan, masalah dan pelbagai lagi. Pasangan adalah rakan yang baik buat diri anda dan dia adalah orang yang sesuai anda kongsi pelbagai rasa.

Membuat keputusan untuk berkahwin ini bukan satu perkara yang mudah, tapi untuk melaluinya juga tidak boleh dipandang mudah. Maka dengan itu, urus rumahtangga anda dengan bijak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen