Trick Pikat Hati Si Dia Untuk Terus Menerus Membalas Text Anda. Susah Nak Konsisten Biasanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sangat bersyukur jika si dia sudah mula membalas pesanan anda, ini namanya anda mempunyai peluang untuk masuk ke dalam hatinya pula. Tapi, kalau sekadar balas dan tidak seronok tentu sahaja dia akan mula berhenti membalasnya pula nanti.

Masa inilah anda perlu bijak untuk memastikan dia tidak jemu dan bosan membalas pesanan anda. Malah, kalau boleh buat dia rasa tidak sabar nak berkongsi segalanya dengan anda walaupun kalian tidak mempunyai hubungan yang agak jelas lagi.



Percaya atau tidak, rasa selesa berkongsi dan berbual itu akan timbulkan sesuatu di hati si dia. Jadi jangan cepat sangat nak mengalah okay.

Trick apa yang sesuai anda gunakan untuk si dia minat membalas pesanan anda?

Tanya tentang minat, hobi dirinya

Salah satu cara terbaik untuk tarik perhatian dalam perbualan adalah apabila anda memintanya untuk membincangkan perkara yang dia minati atau sukai. Sekiranya anda membiarkan dia selesa untuk berkongsi minatnya, dia akan mudah selesa dengan anda. Kemukakan soalan yang sesuai dengan cara ini, dia tahu bahawa anda benar-benar berminat dan bahawa anda tidak hanya berpura-pura mendengarkannya.



Tanya bagaimana keadaan harinya

Lebih mudah untuk timbulkan rasa selesa bila dia mula berkongsi apa yang terjadi pada hari tersebut. Beri ruang untuk dia bercakap atau berkongsi dan anda pula menjadi pendengar yang setia. Bila ada satu perkara yang sukar, anda menjadi penasihat yang baik tapi bila ada sesuatu yang gembira dan kelakar, ketawa bersamanya.

Tanya mengenai matlamat, cita-cita atau impian

Setiap orang tentu mempunyai impian mereka, bahkan ramai yang akan rasa teruja bila kongsi perkara ini. Masa inilah anda akan lebih tahu mengenai dirinya, minat dan siapa dia yang sebenarnya. Ini kerana, matlamat, cita-cita dan impian akan selalu berkait rapat dengan personaliti dirinya. Anda boleh kenal dia dengan lebih mendalam melalui ini.



Tanya mengenai isu semasa dan berkongsi pendapat

Kadang kala tidak semua orang mudah nak luahkan pendapat mereka jika tidak ditanya. Jadi apa kata anda tanya mengenai perkara ini. Dari sini anda boleh tahu bagaimana dia berfikir dan pendapat dirinya. Melalui perkara ini juga anda boleh tahu dia ini terlalu emosi ataupun seorang yang berfikiran matang.

Tanya keadaan keluarganya

Untuk berkenalan dengan seseorang anda perlu tahu mengenai keluarganya juga. Kehidupan keluarga akan selalu menjadi topik perbualan yang baik. Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati di sini. Tidak semua orang mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga mereka, kalau rasa ini isu sensitif baginya segera tamatkan perbualan ini.

Keselesaan itu penting dalam permulaan hubungan, bila rasa selesa akan lebih banyak perkara dikongsi. Makin banyak anda tahu makin berpeluang untuk anda kenal dan dapatkan hatinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen