Pasangan Anda Lahir Pada Bulan Mei, Tentu Mempunyai Sikap Ini. Jangan Terkejut Kalau Mereka Ini Sangat Sensitif.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kesian mereka yang lahir pada bulan Mei pada tahun ini, selain jatuh pada Bulan Ramadan, mereka juga terpaksa berdepan dengan PKP saat ini. Jadinya, tiada sambutan yang istimewa buat mereka tapi kalau kecil-kecil okaylah. Sebagai pasangan tentunya anda akan beri kejutan pada mereka bukan.

Untung juga, dapatlah jimat sedikit wang poket anda.

Mereka yang lahir pada bulan Mei ini mempunyai banyak keunikan yang sememangnya menarik di mata pasangan. Bahkan, mereka juga ada beberapa sikap yang begitu sinonim dengan mereka sendiri. Nak tahu lebih lanjut mengenai mereka ini. Jom baca ini.

Keras hati dan degil adalah perkara yang begitu berkait dengan mereka yang lahir bulan Mei ini. Tapi jangan risau, pasangan anda itu sebenarnya kuat semangat dan bermotivasi tinggi, sebab itulah dia seorang yang keras hati dan degil. Jangan takut dengan mereka ini, jauh disudut hati mereka, ada kelembutan yang tersimpan.



Mereka ini juga dikatakan seorang yang mudah marah bila tidak terkawal. Tapi jangan bimbang, mereka ini mudah sejuk dan juga pemaaf. Biasalah, orang yang mudah marahkan mudah juga sejuk. Jadi, anda kenalah pandai ambil hati mereka dan kawal kemarahan mereka. Jangan sengaja naikkan darah mereka pula.

Pemikirannya yang tajam membuatkan dia sangat pandai berdebat. Jadi, bila bertengkar dengannya tentu saja akan ada jawapan yang dia berikan kepada anda. Tidak semudahnya dia membiarkan pertengkaran itu berakhir dengan mudah. Jadi, sebagai pasangan anda perlu tahu bagaimana nak mengalah dan kawal pertengkaran itu. Jika tidak semakin panjang dan berlarutan lah jawabnya.



Paling untung jika anda memiliki mereka ini kerana, mereka ini miliki kecantikan dari segi mental dan fizikal. Wah-wah, kiranya orang yang lahir ini cantik-cantiklah jawabnya kan. Sudah tentulah, jika tidak mana mungkin dia berjaya menarik hati anda.

Jangan main-main dengan mereka ini, mereka ini kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Kira mereka ini ada sixth sense yang tidak semua orang ada. Jangan terkejut kalau semua yang mereka rasakan itu akan 80% tepat.

Suka berkhayal dan berangan sudah tentu sinonim dengan mereka ini. Dikatakan, mereka ini sangat suka berangan nak-nak lagi saat bahagia. Jadi dengan berangan ini juga membuatkan mereka mempunyai imaginasi yang tinggi.



Sikapnya yang agak boros itu mungkin akan memeningkan kepala anda, mana tidaknya dia tahu bagaimana nak gunakan duitnya dengan baik. Tetapi bab menyimpan mereka ini mereka fail. Jadi, anda kena mempunyai pengetahuan dalam kewangan dengan baik, barulah mampu bimbing si dia.

Suka sastera, seni dan muzik serta melancong, membuatkan hidup mereka ini penuh dengan warna warni. Aduh seronok betul ya mereka ini. Jadi, sebagai pasangannya anda tentu akan terkena dengan tempiasnya juga. Jadi kena tahu minat pasangan anda.

Unik betul mereka yang lahir bulan Mei ini, lihat pasangan anda tentu ada sikap ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen