Bagus Amalkan Minuman Barli Saat Bulan Puasa Ini, Mampu Lawaskan Pembuangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika bulan puasa ini, pelbagai jenis air sememangnya menguji iman kita. Nak-nak lagi jika air berwarna warni, semuanya nampak sedap dimata anda bukan. Bahkan, kalau waktu berbuka pun mesti ada dua atau tiga jenis air untuk menarik perhatian anda.

Lebih enak jika minum waktu sejuk-sejuk, sememangnya akan menghilangkan dahaga yang ditahan seharian. Tapi lebih elok jika anda amalkan minuman barli pada ketika ini. Nak-nak lagi tubuh badan anda kurang mendapat air yang secukupnya pada waktu siang.



Barli bagus untuk perut

Minuman Barli banyak memberi khasiat kepada kita terutamanya untuk melawaskan bahan buangan dalam badan. Barli mempunyai serat semulajadi yang sangat baik untuk penjagaan perut anda.

Perut harus dijaga dengan baik kerana apa yang kita makan semuanya masuk kedalam perut dan perut memproses makanan untuk ditukarkan menjadi tenaga. Dengan ada bantuan barli, maka, sistem perkumuhan mampu berjalan dengan lancar.

Bagi orang yang mengalami masalah untuk berak, atau buang air besar, sangat sesuai untuk mengamalkan minuman barli ini.



Barli juga mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli sangat berkesan dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolesterol dari makanan ke perut dan usus.

Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida.

Selain itu, barli juga boleh meningkatkan paras glukosa dan lemak dalam darah Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati dalam barli. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam barli membantu meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

Mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung

Barli mempunyai kandungan Tokotrienol dan tokoferol yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Selain berperanan merendahkan kadar kolesterol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri disekat dengan gumpalan lemak yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.



Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan strok.

Meningkatkan sistem pertahanan badan

Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium yang memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen