Buat Yang Hampir Putus Asa Bab Jodoh, Baca Ini. Yang Tepat Pasti Akan Datang Pada Waktu Yang Sesuai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa je tak bimbang bila umur dah 24 tahun ke atas tapi jodoh masih tak nampak bayang lagi. Itu belum lagi yang terjaga jodoh orang lain, lagilah sedih. Bukan nak cepat-cepat kahwin, tapi kalau boleh tak naklah lambat sangat kan.

Kalau boleh nak sedang elok dan sesuai pada masanya. Sebab itu masa ini dah kena cari, kalau terkahwin awal itu namanya rezeki.

Buat anda yang hampir putus asa bab jodoh ini, sedikit pembacaan yang membantu anda untuk terus mencari. InsyaAllah jodoh sudah makin hampir.



TIPS MENCARI JODOH

1. Bila umur dah cecah 24 tahun ke atas, bila niat nak cari pasangan hidup. Kena serius merancang dan memilih. takde masa nak kenal main-main.

2. Jangan buang masa bermain perasaan hidup dalam teka teki. Dilemma, dia ni dah berpunya ke belum. Dia ni suka aku ke tidak. Dia ni serius ke tidak.

3. Kalau dah berkenan, berani dan yakin dengan diri sendiri. Approach sendiri. Pergi tanya sendiri dekat dia. PM FB / INSTA / WHATSAPP dia. Dunia teknologi dah sekarang. Dia dah berpunya ke belum. Kalau dia single, kau cakap ja kau nak berkenalan dengan secara serius. Kalau dia okay, okay cun ON ! Kalau dia banyak tapi tapi, tak sedia MOVE ON ! Kalau dia dah berpunya, MOVE ON ! Takpayah panjangkan drama sailang awek orang.



4. Kalau dah berkenan, tapi tak berani. Mintak tolong orang lain yang kau percaya. Tanyakan soalan yang sama macam dalam nombor 3.

5. Cuma nak cakap, orang perempuan lagi suka kalau kita cakap sendiri. Lebih macho gitu ( betul kee ? )

6. Bila dah ada peluang berkenalan, manfaatkan sebaiknya. Jangan kau buat rosak anak dara orang, lepas tu kau blah. Nak bercinta ni bukan main celup-celup. Hukum hakam agama jangan dilupakan. Kalau dah yakin dia jodoh kau. Solat istikharah. Tanya mak bapak kau. Jumpa mak bapak dia. Kalau dua dua setuju pandai pandai lah kau nak handle macam mane. Kalau tak setuju, aku tak dapat nak share tips. Sebab pak mak mertua aku green light terus ( gitu. Konfiden sungguy 😂😂 ). Kalau depa tak setuju, cuba convince depa. Kalau depa tak convinced juga, MOVE ON LA !

7. Kalau perempuan start dulu nak kenal, pelik tak ? Tak pelik. Sebab isteri aku pun dulu, acah-acah pm aku tanya pasal iphone murah yang aku jual. Last-last aku pulak tersangkut. Alhamdulillah sangkut- sangkut aku sampai ke jinjang pelamin. Orang Perempuan kena bijak, lelaki harus terbuka.



8. Kau rasa hidup ni mana yang lebih pahit ? Cinta tak kesampaian sebab kau tak sampaikan perasaan tu. Atau cinta tak kesampaian sebab kau kena reject. Kalau aku, aku lebih rela kena reject, at least aku boleh move on & cari yang lebih baik, berbanding perasaan cinta terpendam sampai ke akhir hayat.

9. Bab cinta ni kena setel dengan cepat bila kau dah ready. Bukan desperate, tapi sebab nak jimat masa. Kau banyak bnda lagi nak buat dekat atas muka bumi ini dari sibuk menanam perasaan cinta yang tak berbunga-bunga.

Sekian saja coretan hati aku bagi mereka yang masih mencari jodoh. Saya bukan doktor cinta atau doktor hati, saya hanya doktor gigi yang pernah jadi mangsa cinta tak kesampaian.

Sekian.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen