Dating Secara Online, Ini Cara Nak Tahu Dia Serius Atau Tidak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dating online bukanlah satu yang asing lagi dalam masyarakat kita, tapi sering kali dating online ini dikaitkan dengan penipuan dan juga sekadar hanya suka-suka saja. Walaupun ada yang segelintir berpendapat sebegitu tetapi dating secara online ini adalah salah satu pilihan mudah buat mereka yang masih bujang.

Walaupun ada yang menyatakan bahawa dating online ini tempat penipuan dan sekadar suka-suka saja, tetapi ada beberapa pasangan yang jumpa teman hidup mereka melalui dating online ini. Haaa... menarik sebenarnya.

Untuk elak penipuan, anda perlu berhati-hati jangan terlalu ikutkan perasaan. Tapi pada masa yang sama juga, anda perlu bijak menilai mana kaca mana permata okay.



Nak tahu si dia serius atau tidak dengan anda, jom lihat tanda-tanda ini. Ada atau tidak pada dirinya.

Kenalkan dirinya secara jelas

Tidak perlu untuk memberitahu dimana dia berkerja, tempat tinggal atau no telefonnya, tetapi dia mampu terangkan bagaimana dirinya itu secara ringkas tetap jelas. Anda mampu menggambarkan bagaimana dirinya, dengan hanya melalui nama, gambar serta cara dirinya berbual dengan diri anda.

Bahasa yang digunakan sesuai

Tidak menggunakan bahasa yang agak biadap dan tahu menghormati diri anda adalah satu perkara yang menunjukkan dia serius mencari pasangan. Dia menggunakan bahasa yang sangat sopan sesuai untuk mereka yang baru kali pertama berkenalan. Tidak mudah marah bila anda lambat balas atau tidak melayani dirinya.



Perbualan bukan berkaitan perkara lucah

Jauh sekali nak berkongsi bab ini, dia tahu batas-batas pergaulan. Jika seseorang berbual mengenai perkara ini, dia bukan saja tidak serius dengan anda malah dia sememangnya mahukan itu dari anda. Dari segi perbualan, anda sepatutnya sudah elakkan diri dari dia ini.

Mengikut syarat yang laman cari jodoh tetapkan

Paling penting, bukan seorang yang terburu-buru dengan memberi tahu segala maklumat yang tidak sepatutnya. Dia seorang yang mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh laman cari jodoh itu. Barulah dia betul-betul nak berkenalan dengan diri anda.



Bersedia untuk berjumpa dengan anda

Tidak mengelak untuk berjumpa dengan anda, dia lebih bersedia untuk berjumpa anda mengikut persetujuan bersama. Tidak memaksa malah lebih saling menghormati satu sama lain. Bila berjumpa pun, kalian lebih untuk berkenalan bukan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Tidak hilang selepas berjumpa

Masih lagi ingin berhubungan dengan anda selepas berjumpa itu tandanya dia suka berkenalan dengan anda. Malah, dia ingin berkenalan dengan anda lebih mendalam lagi. Kalau dia hilang selepas itu, mungkin dia sekadar main-main atau tidak berminat dengan anda.

Bukan semua hubungan melalui laman web cari jodoh ini sekadar suka-suka dan penipuan saja. Anda perlu lebih bijak untuk menilai seseorang dan tidak terburu-buru.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen