Move On Memang Sakit, Ini Doa Penawar Bagi Kesakitan Itu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah nak melupakan seseorang yang pernah membahagiakan dan mengembirakan kita suatu masa dulu. Walaupun perpisahan yang berlaku ini berpunca dari diri sendiri atau dari pihak si dia, tapi nak move on bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi jika kita ini telah menghabiskan banyak masa bersamanya.

Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk move on. Bahkan, ada juga yang ambil masa sesuai dengan diri mereka untuk hilangkan semua perkara itu. Move on ini tak semudah kata-kata, orang yang pernah lalui saja tahu bagaimana rasa sakitnya.



Kita memang tidak boleh melupakan dia, kecuali kalau hilang ingatan. Tapi, kita boleh lupakan kenangan bersamanya serta tidak lagi merindui dirinya. Mungkin ambil masa, tapi itu semua bergantung kepada diri anda.

Jangan dikenang perkara yang lepas, anggap saja ini ujian dalam kehidupan. Bahkan, percaya bahawa Allah telah mengaturkan jodoh yang terbaik buat diri anda. Kalau dia jodoh anda, pasti tidak ke mana. Tapi kalau bukan, kejarlah macam mana pun, dia tetap akan pergi.

Beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk move on;

1. Padam gambar dia yang ada pada setiap simpanan anda, baik di telefon bimbit, wallet ataupun di laptop. Buang semuanya, jangan ada rasa kasihan pun. Jangan fikir kenangan atau apa, buang saja semuanya.

2. Unfollow segala media sosial dia dan jangan lupa untuk padam nombornya. Selalunya, ramai yang tak sanggup nak lakukan ini kerana ingin tahu mengenai kehidupan hariannya.

3. Luahkan dan kongsi apa yang anda rasa dengan orang yang paling anda percayai seperti keluarga atau rakan baik anda. Jangan simpan sorang-sorang kerana ia akan menyakitkan diri anda sendiri.

4. Lakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah agar anda tidak mengingati dirinya. bukan aktiviti yang pernah anda lakukan bersamanya dulu.

5. Tabahkan diri dan sentiasa ambil langkah untuk lihat ke depan bukannya menoleh lihat segala kenangan. Mungkin agak sukar, tapi jika anda terus pandang ke depan anda sendiri akan melupakannya.

6. Amalkan doa ini. Yakin kepada Allah tempat kita bergantung dan memohon pertolongan. Bacalah ayat ini sebagai salah satu usaha untuk melupakan seseorang, dari surah Ar-Ra’d, ayat ke 39 agar diberikan ketenangan dan kekuatan untuk bangkit semula.

Bukan mudah, tapi anda perlu kuat untuk melangkah ke hadapan. Ingat! pasangan hidup anda senang menanti dihadapan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen