Curang Itu Bukan Hanya Dilakukan Oleh Lelaki Saja, Ini Menurut Kajian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap pasal curang, tentu saja terasa ia sangat sinonim dengan orang lelaki bukan. Mana tidaknya, orang lelaki dikatakan lebih cenderung untuk berlaku curang. Bak kata pepatah “pantang nampak dahi licin sikit” “mata keranjang” dan macam-macam lagi.

Orang perempuan pula akan dikaitkan dengan, bila dah sayang akan sayang sepenuh hati. Tapi, betul ke orang perempuan tiada yang curang dan begitu setia dengan pasangan mereka?



Kajian yang diterbitkan dalam jurnal PubMed Central Archives of Sexual Behavior pada tahun 2011 mengatakan bahawa peratusan kecurangan antara lelaki dan wanita sekarang hampir sama.



Terkejut bukan?

Penyelidikan yang dilakukan oleh Mark KP dan pasukannya melibatkan 506 lelaki dan 412 wanita untuk mengetahui faktor apa yang dapat meramalkan kecurangan pada pasangan heteroseksual. Dan hasilnya sebanyak 23.2% lelaki dan 19.2% wanita mengaku telah curang pada pasangannya.

Wanita juga boleh jadi penipu!

Sebab kebahagiaan yang rendah dengan pasangan, keserasian watak yang kurang mempunyai sikap dan pemikiran berbeza serta rasa tidak puas hati dalam hubungan punca wanita curang dari pasangannya.



Ketidaksetiaan dalam pasangan ini dapat banyak punca dan lebih banyak alasan yang tidak disebutkan, dan anggapan bahawa kecurangan hanya sering dilakukan oleh lelaki tidak sepatutnya berlaku lagi. Terdapat banyak wanita yang juga curang dari pasangannya, bahkan menjadi orang ketiga dalam perkahwinan orang lain.

Curang ini boleh dilakukan oleh sesiapa saja, tanpa kira jantina.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen