Ini Kelebihan Yang Ada Pada Wanita Pendiam, Ramai Lelaki Tidak Tahu Uniknya Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita yang cergas dan petah berkata-kata kadang kala lebih mendapat perhatian lelaki kerana gaya percakapan mereka. Malah mereka ini juga dikatakan tidak membosankan dan seorang yang mesra. Jadi untuk mendekati mereka juga lebih mudah.

Berlainan pula dengan wanita yang lebih banyak diam. Bila ditanya sepatah, dia akan membalas sepatah. Biasanya dia agak malu dan suka berahsia, malah nak mendekatinya bukan satu perkara yang mudah dan perlu ambil masa memahami sikapnya.

Ramai lelaki lebih memilih wanita yang petah berkata-kata dan juga ringan mulut ini, bukan saja boleh ajar berbual, mereka ini juga senang untuk bertukar pendapat. Manakala wanita yang pendiam ini susah nak didekati membuatkan ramai lelaki merasakan mereka ini mungkin sudah berstatus, tapi sebenarnya tidak.



Ramai yang tidak tahu akan kelebihan wanita yang pendiam ini. Walaupun diam dan penuh misteri tapi mereka ini ada lebihnya juga.

Seorang pendengar yang baik

Mungkin tidak mudah untuknya berkongsi pandangan dan pendapat, tapi bila bab-bab perlukan pendengar yang setia dan baik, mereka adalah orangnya. Mereka ini sentiasa bersedia menadah telinga untuk mendengar segala luahan pasangan tanpa mempersoalkan, tetapi akhirnya dia akan memberikan kata-kata yang sesuai untuk situasi yang dihadapi berdasarkan perkongsian tersebut.



Sentiasa fikir sebelum berkata-kata

Keran tidak petah berkata-kata, mereka ini sering berfikir dulu sebelum menyatakan sesuatu. Jadi, setiap kata dan ayat akan lebih berhati-hati dan juga bernas. Jangan main-main dengan mereka ini, takut nanti anda pula yang tidak mampu lawan hujah-hujah yang dia berikan.

Senang terima pendapat orang lain

Mudah terima teguran dan juga sentiasa berfikiran terbuka apabila mengenai berdepan dengan pandangan orang, mereka ini kelihatan begitu matang untuk semua itu. Jadi anda juga tidak keberatan untuk menegur mereka dalam apa jua keadaan.



Tahu simpan rahsia dengan baik

Bila dah tak banyak cakap lebih banyak rahsia selemat dengannya. Mana tidaknya, dia mengawal kata-kata yang akan keluar dari mulutnya. Maka dengan itu segala rahsia yang anda kongsi tentu saja selamat dengannya. Jangan bimbang untuk dia terlepas cakap pada orang lain.

Tidak akan memotong percakapan anda

Dia akan lebih menghormati orang bila bercakap, dia akan beri anda selesaikan segala perkara untuk berkata sebelum dirinya pula berkata-kata. Nampaknya dia akan petingkan pandangan dan apa yang keluar dari mulut orang lain dulu sebelum berkata-kata. Kalau berbual dengan orang tua ini, pasti dia sangat disenangi.

Wanita yang pendiam ini bukannya membosankan, mereka ini sebenarnya banyak cakap juga cuma pada orang-orang tertentu dan rapat saja. Cuba anda kenal dirinya dulu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen