Lelaki Yang Sedang Menipu Akan Marah Bila Ditanya & Ini 10 Perbuatan Lain Yang Akan Dia Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan tentunya tidak suka kalau orang yang dia sayang sembunyikan sesuatu darinya. Kalau boleh semua perkara hendak dikongsi, bukannya perlu simpan sendirian. Bukan ke susah senang perlu bersama. Kalau bab-bab masalah ini mungkin akan dikongsi bersama pasangan tapi bab lain belum tentu.


Sebagai pasangan, biasanya mereka ini mampu menghidu rahsia anda. Dia boleh tahu sama ada anda sembunyikan sesuatu yang salah atau tidak. Namun, menurut elitedaily.com, tidak mudah kita untuk mengetahui sama ada pasangan sedang menipu atau tidak. Tiada tanda-tanda atau ciri-ciri khas yang menunjukkan seseorang sedang menipu.



Lebih-lebih lagi, apabila seseorang itu dapat menyembunyikan penipuannya dengan sangat baik. Mengenai lelaki yang menipu, biasanya mereka akan marah dan mudah beremosi apabila kita bertanya kepada mereka.

Lelaki yang sedang menipu bertindak untuk melindungi diri mereka dengan sifat keras supaya penipuan yang dibuat itu tidak dikesan. Bagi sesetengah lelaki, kemarahannya adalah cara supaya mereka tidak disyaki lagi.



Kemarahan yang ditonjolkan membuatkan kita berhenti bertanya dan menggali maklumat yang lebih mendalam darinya. Apabila seorang lelaki kantoi menipu, dia akan menjadi sangat tidak selesa apabila pasangannya bertanya kepadanya pelbagai perkara.

Ketidakselesaan dirinya juga muncul apabila rakannya bertanya tentang sesuatu yang sangat mudah. Bukan sahaja mudah marah, orang yang sedang menipu juga akan berkelakuan agak pelik.

Sikapnya juga akan menjadi berbeza dan malah asing kepada kita. Ini dapat dilihat dari ciri-ciri berikut:

1. Otot muka berkerut. Otak cuba menghalang muka dan menunjukkan maklum balas.

2. Tiada hubungan mata. Matanya akan berada di tempat lain. Jika ada pintu di dalam bilik itu, di situlah matanya pergi.

3. Melipat lengan baju dan/atau kaki seluar. ini adalah sifat mempertahankan diri.

4. Senyum dengan bibir ketat. ini adalah senyuman yang dipaksa oleh keikhlasan palsu.

5. Anak mata mengecil.
6. Bercakap dengan cepat. Seorang penipu ingin menyelesaikan perbualan dengan segera.

7. Kepala akan menggelengkan “tidak” ketika menjawab “ya”, dan sebaliknya.

8. Menyembunyikan tangan. Lelaki mendapati lebih mudah untuk berdusta dengan tangan mereka dalam poket mereka.

9. Keliru mengucapkan kata/tergumam. Seorang pendusta berfikir bahawa dia tidak menipu ketika melakukan ini.

10. Ramah/ketawa yang berlebihan. Dia mahu kita menyukainya sehingga kita percaya kepadanya




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen