Mampu Ke Hubungan Bertahan Selepas Kantoi Curang? Boleh Lupakan Perkara Ini Dengan Mudah?

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang mampu beri peluang kedua pada pasangan walaupun pasangannya telah kantoi curang dibelakangnya. Ini kerana, bagi mereka setiap orang melakukan kesilapan. Namun begitu, hubungan biasanya akan sudah terluka kerana perlakuan itu dan akan diakhiri dengan perpisahan. Tapi tidak semuanya akan seperti itu malah ada yang memberi peluang kedua.

Sebilangan orang memilih untuk menjaga hubungan, selain memutuskan untuk berpisah. Tetapi seberapa besar peluang sebenar untuk bertahan setelah kantoi? Satu kajian mendapati bahawa peratusannya tidak begitu besar.



Penyelidikan yang dilakukan oleh Health Testing Centers mendapati bahawa sebilangan besar orang yang mengetahui pasangan mereka berlaku curang memilih untuk memisahkan atau tidak mengekalkan hubungan cinta mereka lagi.



Tinjauan itu, yang melibatkan 441 orang berusia 18-70 tahun, mendapati bahawa 46.1% dari mereka mengaku pernah berlaku curang, tidak kira lelaki atau wanita, walaupun kebanyakan mereka yang mudah mengaku curang adalah lelaki.



Penyelidikan menunjukkan bahawa 54.5% orang yang mengetahui pasangan mereka yang curang memilih untuk bercerai dengan segera, sebanyak 30% dari mereka berusaha untuk menjaga hubungan, walaupun pada akhirnya mereka bercerai, dan hanya 15.6% dari mereka bertahan dan masih bersama.

Sekali lagi, jantina menentukan banyak perkara. Sebanyak 20% kecurangan wanita dapat mengekalkan hubungan cinta mereka, sementara hanya 10% penipu lelaki yang dapat mengekalkan hubungan cinta. Dengan kata lain, lelaki lebih mudah terperangkap dalam hubungan sulit.

Sekali seseorang itu curang, dia akan terus mengulangi perbuatannya. Itu yang sering diingatkan oleh ramai orang. Tapi apa-apa pun, keputusan ditangan anda. Anda yang tentukan kebahagiaan diri anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen