Tak Move On & Masih Rindu Bekas Kekasih Punca Anda Susah Tidur Malam.

Bagi orang bujang, tidur lambat adalah satu perkara biasa. Ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa kita telah menghabiskan masa yang banyak untuk tidur disiang hari. Itu yang menjadi punca sukar tidur pada waktu malam, malah badan juga kurang letih menyebabkan anda sukar untuk tidur.



Tapi, pernahkah anda mengalami situasi susah untuk tidur malam atau insomnia?

Jika YA, besar kemungkinan anda sedang merindui seseorang atau belum move on.



Stress, susah untuk tidur, terpaksa berjaga pada waktu malam dan merindui seseorang boleh menyebabkan insomnia, kerana rasa stress dan kekecewaan tersebut yang seterusnya menyebabkan seseorang itu susah untuk tidur dan terpaksa berjaga pada waktu malam.

Dipetik daripada Popular Science, mereka yang mengalami masalah insomnia mempunyai dua kali ganda potensi untuk cepat rasa gemuruh. Walaubagaimana pun, masalah ini tidak menyebabkan kematian seperti yang dilaporkan dalam kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Flinders University, Adelaide.



Sebab itulah kita digalakkan untuk memaafkan semua orang yang melukakan hati kita serta memaafkan diri sendiri sebelum tidur. Dengan perbuatan ini, ia membantu anda untuk dapatkan hati yang tenang serta tidur yang lena.

Jangan anggap perkara ini remeh dan boleh dibuat main, kesihatan anda juga bergantung pada waktu tidur anda.

Tidur yang cukup dan lena membantu diri anda mengawal emosi dengan baik. Sebab itu, pastikan anda mendapat tidur yang lena dan secukupnya walaupun anda dalam keadaan yang kecewa dan merindui seseorang.


Anda masih keseorangan?

835,188 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen