Hikmah Beri Mahar Kepada Wanita Ketika Akad Nikah. Bakal Pengantin Lelaki Wajib Ambil Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dengar-dengar majlis perkahwinan semakin menjimatkan sejak adanya PKP ini. Dengan situasi ini, ramai pasangan yang mula mengambil peluang untuk mendirikan rumahtangga. Bukan saja menjimatkan malah ia juga dapat menghalalkan hubungan.

Walaupun sudah mudah dan menjimatkan kerana boleh tunda majlis perkahwinan, jangan pula ada yang ambil kesempatan dengan tidak memberi mahar kepada pengantin perempuan, ataupun ada pula yang berhutang kepada si gadis.

Buat suami, dan bakal pengantin, anda perlu tahu jelas hikmah akan mahar kepada perempuan semasa akad nikah ini. Jangan nak pandang semua perkara mudah saja, ini menurut Islam.




Apa itu Mahar? Mahar secara bahasanya bermaksud mas kahwin. Mahar merupakan hadiah yang diserahkan oleh si suami kepada isterinya apabila berlaku akad nikah. Ia dilakukan atas kerelaan kedua-dua belah pihak iaitu suami dan juga isteri.



Hukum memberi mas kahwin adalah wajib ke atas suami sama ada dengan nilai yang rendah atau tinggi. Suami ataupun keluarga isteri tidak berhak untuk mengambil mas kahwin tersebut melainkan si isteri yang mengizinkan.

Penetapan mas kahwin dalam perkahwinan mempunyai pelbagai hikmah yang tersendiri. Antaranya ialah:

Sebagai pemberian hadiah

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا
Mafhum: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian, jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.”
Surah An-Nisa 4:4

Tanggungjawab ke atas lelaki

Mas kahwin ataupun mahar merupakan pembayaran yang bersifat simbolik ke atas perkahwinan yang dijalankan. Ia merupakan tanggungjawab ke atas lelaki yang perlu disempurnakan ke atas perempuan yang ingin dijadikan isterinya.

Simbol persetujuan dan kerelaan

Ia merupakan simbolik kepada hadiah yang diberikan ke atas isteri. Isteri dan suami perlu bersetuju ke atas nilai yang ingin diberikan. Oleh itu, ia merupakan simbolik kepada persetujuan bersama sebelum menghadapi alam rumah tangga dan mengambil pelbagai lagi keputusan bersama.



Menandakan lelaki itu serius

Jika seseorang lelaki itu serius untuk menjadikan si perempuan itu sebagai isteri, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan nilai mas kahwin yang diminta.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka".
(Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang
diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari ).




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen