Menulis Pun Boleh Kuruskan Badan, Kena Rajin-Rajin Menulis Lepas Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat mereka yang sedang berdepan dengan berat badan berlebihan, sudah tentu sedang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Macam-macam cara telah dilakukan, tetapi tetap saja tidak menjadi.

Ada yang sudah mengalah dan ada juga yang masih berusaha keras. Mana tidaknya, tidak tahan dengan pandangan serong orang membuatkan mereka memilih untuk kuruskan tubuh badan mereka. Tapi perkara ini bukan mudah.



Kajian terbaru buktikan menulis boleh kurangkan berat badan. Mereka berjaya turunkan berat badan sebanyak 10%.

Adakah anda ingat dan tulis apa yang anda makan seharian?

Kajian daripada sekumpulan penyelidik dari University of Vermont dan University of South Carolina telah mengumpulkan sebanyak 142 dewasa dan meminta mereka terlibat dalam satu ujian mingguan.



Ujian berkenaan meminta mereka untuk merekodkan ambilan makanan mereka setiap hari seperti bilangan, saiz dan cara penyediaan selama 2 minggu.

Kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Obesity menunjukkan, mereka yang memperuntukkan sebanyak 23.2 minit sehari untuk merekodkan apa yang mereka makan seharian, telah turun berat badan sebanyak 10%.



Ketua penyelidik berkenaan, Jean Harvey juga berharap agar mereka yang ingin menurunkan berat badan agar mencuba kaedah ini, tambah lagi masa kini sudah ada banyak aplikasi pada telefon bimbit yang boleh digunakan untuk merekodkan pengambilan makakan sehari-harian.

Jadi buat mereka yang sedang berusaha untuk kuruskan badan itu, jangan lepaskan peluang ini. Sambil anda bersenam dan menjaga pemakanan boleh juga rajinkan diri anda menulis dairi harian anda. Mana tahu berkesan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen