3 Dosa Suami Pada Isteri Yang Kerap Dilakukan Sekarang Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika selalu seorang isteri sering kali dimomokkan dengan isteri derhaka, bagaimana pula dengan suami?

Seperti yang kita tahu bahawa suami ini adalah ketua keluarga dan juga merupakan pemimpin dalam keluarga tersebut. Sebab itu nak jadi suami ini dah kena bersedia nak pikul tanggungjawab. Bukan tanggungjawab yang boleh ditolak sana sini tetapi tanggungjawab yang akan dipikul sampai akhir nafas.

Tanggungjawab yang akan dipikul ini bukan mudah, malah lebih berat sebenarnya. Tapi jika anda sudah bersedia nak menjadi suami sudah tentu anda sudah sedar akan tanggungjawab sebenar seorang suami. Jangan fikir untungnya jadi suami ada orang urus makan pakai, tapi fikirkan tanggungjawab sebenar suami.



Nak-nak lagi sejak akhir-akhir ini. Beberapa perkara ini dianggap biasa saja oleh segelintir suami, sedangkan ini adalah tanggungjawab yang mereka perlu laksanakan. Seperti yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin, ini 3 dosa suami kepada isteri yang ketara di zaman kini.

1. Tidak mengajarkan isteri ilmu agama.

Berapa ramai suami yang mengimamkan isteri solat berjemaah? Berapa ramai suami yang mengaji Al Quran bersama-sama isteri? Berapa ramai suami yang selalu berpesan-pesan kepada isteri akan apa yang baik untuk dilakukan, apa yang kurang baik untuk ditinggalkan?

Ramai suami yang dia sendiri pun tak solat... Ramai suami yang dia sendiri pun dah lama tak baca Al Quran. Nak berpesan-pesan lagilah tidak. Kewajipan dan tanggungjawab suami ialah memelihara dirinya, isterinya dan anak-anaknya daripada azab kubur dan seksa api neraka.

Sebagai suami, tanya diri sendiri, kita ada buat tak...? Atau kita biar ja isteri dan anak-anak jadi baik dengan sendirinya...?



2. Tidak memberi nafkah dan membiarkan isteri mencarinya dengan sendirinya.

Isteri bekerja, berniaga, mencari pendapatan bukanlah sesuatu yang asing lagi zaman sekarang ni... Tujuan kebanyakan isteri mempunyai pendapatan adalah untuk meringankan bebanan yang ditanggung suami...tapi bagaimana jika suami menyalahgunakan isteri yang mempunyai pendapatan ini untuk kepentingan dirinya sehingga dia bersikap lepas tangan terhadap apa yang perlu ditanggungnya?

Isteri ada duit sendiri, maka belilah keperluan isteri dengan duit tersebut... Ingat, keperluan isteri seperti makan minum, pakaian, perhiasan, perubatan dan tempat tinggal adalah dibawah tanggungan seorang suami...

Bukan isteri...

Suami akan dianggap "berhutang" dengan isteri sekiranya isteri tidak redha diperlakukan sedemikian rupa...



3. Tidak membantu isteri dalam urusan rumah.

Banyak suami yang masih ada minded, kerja rumah ni kerja isteri... Sebab kerja suami ni hanyalah mencari rezeki sahaja... Tugas hakiki isteri ialah melayani suami dan mentaati suami...tapi untuk memudahkan urusan suami, untuk menjadi isteri yang baik dan solehah, maka isteri buat semua kerja-kerja rumah disebabkan suami dah pun keluar mencari rezeki untuk keluarga... Kita pun dah sinonim dengan kelaziman tersebut, dibesarkan juga dengan melihat situasi ini, maka kita meneruskan tradisi "kerja rumah kerja isteri"...

Kita sebagai suami masih perlu untuk melakukannya bila kita ada masa...ianya bukan tugas dan tanggungjawab isteri sepenuhnya, ianya masih dibahu kita dan menjadi sunnah untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah...

Banyak lagi kalau nak dinyatakan disini, tapi ini antara 3 dosa suami terhadap isteri yang ketara di zaman kini... Jangan ambik mudah akan perkara ini, ubahlah sebelum terlambat...

Semoga bermanfaat...

Nota kaki : Ambik balik tugas, tanggungjawab dan kewajipan kita...ini adalah untuk memudahkan urusan kita "di sana"...


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen