Wanita Yang Nak Kahwin Wajib Tahu Latar Belakang Suami, Jangan Ambik Mudah Je.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau dah sayang memang apa pun dah tak nampak, itulah yang selalu berlaku sebelum kahwin. Tapi bila dah kahwin baru nampak itu ini, sedangkan sebelum ini boleh saja memilih yang lain tapi sebabkan sayang yang ini memang tak nampak yang lain.



Orang perempuan ini kalau dah sayang memang dia tak pandang lain dah. Tak kisahlah lelaki itu macam mana sekalipun rupanya. Kerana rasa sayang itu boleh membutakan seorang wanita.



Tapi, sekarang ini orang perempuan jangan nak ambil mudah saja bab-bab kahwin ini. Hal ini kerana, bakal suami yang anda pilih hari ini adalah penentu masa depan anda. Sama ada lepas kahwin nanti bahagia sehingga ke akhir hayat, ataupun terpaksa makan hati dengan sikap pasangan itu sendiri.

Orang perempuan sekarang ini kena lebih bijak, tak cukup sekadar kenal hati budi bakal suami dan bakal keluarga mertua. Anda perlu lebih tahu mengenai pasangan dengan lebih mendalam lagi.

Sebagai contoh;

1. Dengan siapa dia berkawan, ini kerana tak nak lah kemudian hari anda dapat tahu bahawa rakan-rakannya dari orang yang tidak elok.

2. Hobi sebenarnya, kalau dia suka bermain game atau bersukan itu tidak mengapa tapi takut kalau-kalau selepas kahwin rupanya dia hobinya berjudi sana sini.

3. Perkerjaan sebenarnya juga penting, kalau sebelum ini anda tahu dia berniaga tapi rupanya dia tipu orang sana sini pun susah juga nanti.

4. Paling penting hutang yang dia ada. Tidak kiralah hutang seringgit atau dua pun, anda tetapi kena ambil peduli. Macam perkongsian Mimi Rozmiza Rozman ini. Orang perempuan kenal lakukan perkara ini juga.



Ini menakutkan sebagai seorang perempuan. Sebelum kahwin semua manis macam gula, lepas kahwin semestinya nak manis jugak, tapi tiba-tiba masalah kewangan muncul, masa tu gula pon rasa kelat.

Sebelum kahwin tak rasa susah sama-sama. Bukan menakutkan tapi reality kehidupan ada yang berlaku seperti ini. My advice untuk gegadis

1. Minta CCRIS report untuk tahu komitmen
2. Minta slip gaji untuk tahu berape gaji
3. Minta tengok berape saving dia

Bukan mata duitan, sebab in reality wujud lelaki yang put effort semata-mata nak dapatkan kita, Lepas kahwin dah takda semua tu. Sebabnya tak mampu dah.

Nasihat untuk lelaki, no need habiskan duit untuk belanja perempuan kalau anda tak mampu teruskan selama-lamanya. Lumrah perempuan suka sebut "dulu boleh je macam tu"

Sape ajar ?

Lelaki, so better don't ajar perempuan.
Daripada bercinta jangan bagi benda yang diri sendiri tak mampu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen