Suami Suka Tinggi Suara Buat Isteri Hilang Hormat, Guna Nada Yang Lembut Dalam Menegur.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita ini hatinya lembut dan begitu sensitif. Tidak kisah sekeras mana pun dirinya, tetapi hatinya tetap hati seorang wanita. Nak-nak lagi kalau wanita itu adalah isteri atau bakal isteri anda. Sudah tentu hatinya mahu anda jaga sebaiknya.

Seorang isteri itu tidak dibenarkan untuk meninggikan suara pada suaminya kerana takut jatuh derhaka. Ini kerana, syurga seorang isteri ada pada suaminya. Sebab itulah seoranag isteri cuba berhabis baik mengawal emosi mereka agar tidak tersilap kata atau tertinggi suara pada suaminya.

Tapi bukan isteri saja yang kena jaga kata-kata dan nada suara ini.



Suami juga perlu lakukan perkara yang sama. Walaupun kadang rasa nak marah dengan sikapnya, rasa macam sakit hati kerana dia berdegil tapi jangan sesekali tinggikan suara anda padanya.

Kalau sebelum kahwin boleh je cakap dengan nada lembut dan berhati-hati, kenapa selepas kahwin tidak boleh pula. Macam pesan seorang ustaz ini, nak isteri hormat suami, suami kena hormat isteri dulu.



“Buat suami, pernah atau tidak kalian memarahi dan meninggikan suara kalian kepada isteri kalian? Kita ini sebagai ketua keluarga perlu beri contoh yang terbaik. Jika mahu isteri menghormati diri kita sebagai suami. Suami juga perlu menghormati isteri. Lebih-lebih lagi dalam bab menjaga hati dan perasaan isteri.

“Hati seorang isteri itu mudah terguris walaupun dengan kata-kata yang bertapis. Sebab itu jangan sesekali meninggikan suara pada isteri.

“Kita sebagai suami ini, cakap dengan nada lemah lembut saja. Tentu isteri akan mudah dengar kata suami.



Ini kerana, isteri kita itu adalah cerminan kita. Dia akan meniru apa yang kita lakukan pada dirinya. bahkan, bagaimana kita membentuknya begitulah dia akan jadi. Kalau hari-hari anda tinggi suara pada dirinya, jadi dia pun akan meniru dan meninggikan suaranya pada anda.

Bila dah sama-sama suka tinggikan suara, rumahtangga jadi panas hubungan pula jadi renggang. Macam mana nak sweet-sweet dan kejar bahagia. Suami jangan tinggi suara anda pada isteri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen