Kalau Kahwin Kerana 2 Perkara Ini, Akan Beri Masalah Kelak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita memilih seseorang sebagai pasangan hidup ini ada banyak sebab sebenarnya. Ada yang berkahwin kerana kita sememangnya mencintai dirinya, ada yang berkahwin kerana Allah bahkan ada juga yang berkahwin hanya kerana rupa paras dan harta semata-mata.

Ketika membuat keputusan untuk berkahwin, seseorang akan cenderung memikirkan kelebihan pasangan hidup mereka. Apa yang membuatkan mereka untuk kahwini seseorang itu. Bila mereka yakin dengan sesuatu itu barulah mereka merasakan keputusan yang dilakukan itu adalah tepat.



Tapi kadang kala seseorang salah membuat keputusan untuk berkahwin hanya melihat luaran saja. Seseorang akan lebih gembira jika anda mempunyai suami yang tampan dan kaya raya, ataupun isteri yang cantik serta kaya, tetapi adakah kedua-dua perkara ini sangat penting sehingga menjadi syarat utama perkahwinan?



Malangnya, kedua-dua perkara ini sebenarnya boleh menjadi penyebab perceraian. Kajian yang dilakukan oleh Andrew Francis dan Hugo Mialon di Universiti Emory ke atas 3,000 pasangan suami isteri di Amerika Syarikat mendapati bahawa orang yang mementingkan kekayaan dan kecantikan / penampilan baik sebagai faktor utama menentukan perkahwinan sebenarnya lebih terdedah kepada perceraian.

Kekayaan dan penampilan yang baik tidak menjamin perkahwinan yang berkekalan

Sudah tentu, pasangan dengan keadaan kewangan yang mantap dan penampilan yang menarik akan membuat perkahwinan lebih bahagia, tetapi itu bukan alasan utama seseorang ingin mengahwini pasangannya.

Penyelidikan menunjukkan, lelaki yang mementingkan kecantikan sebagai faktor utama dia ingin berkahwin dengan wanita mempunyai risiko 50% lebih tinggi untuk menghadapi perceraian. Sementara wanita yang mementingkan kekayaan sebagai alasan dia berkahwin dengan lelaki, mempunyai risiko perceraian 60% setelah berkahwin.



Seperti kata-kata yang selalu kita dengar, jika kita memilih seseorang kerana rupa parasnya ia akan dimakan usia kelak, bahkan kalau kita memilih seseorang kerana wang ringgitnya ia akan habis satu hari nanti. Jadi, bila kedua-duanya sudah tiada adakah anda akan kekal bersama pilihan anda itu?

Berkahwin dengan seseorang kerana Allah, sikap peribadinya dan rasa cinta anda padanya. Jangan hanya menilai semua perkara dari luar saja sedangkan yang dalam lebih berharga dan penting.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen