Boyfriend Jarang Telefon Anda Selepas Bercinta Bukan Tanda Tak Sayang...

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa sebelum dapat, biasalah hari-hari dia akan hubungi anda tanya perkara yang remah macam dah makan ke belum, tengah buat apa?, sihat atau tidak dan lain-lain lagi. Tapi bila dah dapat, semuanya hilang bahkan yang sweet-sweet pun mula-mula je lama-lama dah tak nampak dah. Biasakan berlaku perkara ini?

Itu yang orang perempuan ini akan cakap, “lelaki ini mula-mula je beria-ria, tapi bila dah dapat dia buat tak kisah je...” Ahhh, betul ke tu?



Sebenarnya ada sebab mengapa dirinya dulu begitu rajin hubungi anda siang dan malam tapi bila dah dapat dia tidak seperti itu lagi. Bukan kerana sudah tak sayang atau sudah jemu tetapi ada yang lebih penting yang anda tidak faham.
Selagi dirinya belum memiliki anda, maka dia akan tunjukkan usaha tetapi bila sudah dapat mereka cuba halalkan anda pula. Biasanya ini 5 sebab mengapa lelaki sudah jarang hubungi anda.

Beri kebebasan pada diri masing-masing

Tidak mahu dikatakan sebagai pasangan yang suka mengokong atau toksik, maka dia mula beri kebebasan pada anda dengan jarang menghubungi anda. Jadinya, anda mempunyai masa untuk diri sendiri, rakan-rakan serta keluarga anda. Tetapi dia juga gembira jika dalam waktu itu anda masih ingat padanya dengan memberitahu apa yang anda lakukan.



Ingin fokuskan sesuatu

Kalau dulu dia memfokuskan untuk membuat anda jatuh cinta padanya, kini dia sudah berjaya. Maka dengan itu dia mula cuba tukar fokusnya pula dengan fokus kepada perkerjaannya. Kata ingin halalkan anda, sudah tentu dia perlu fokus untuk mencari duit dengan berkerja keras. Kalau asyik melayan anda saja makin lambatlah kalian akan kahwin.

Anda dalam hubungan yang matang

Bila mana anda dalam hubungan yang matang, tidak perlu untuk saling berhubung hari-hari. Anda dan dia tahu bahawa kalian mempunyai satu rasa yang sama. Bahkan, perkara ini juga menunjukkan bahawa anda dan dia saling mempercayai. Jangan pula guna kesempatan ini untuk cari lain. Kalau rindu dia, carilah dia.



Dia lebih suka berbual secara bersemuka

Ada sesetengah orang dia lebih selesa berbual secara bersemuka bahkan kalau berbual dalam telefon dia tidak beberapa tahu untuk berkata apa. Bukan itu saja, kalau setiap hari berbual tentu saja habis idea untuk menjadi topik perbualan setiap hari.

Panggilan sekali sekala mudah nak tahu rasa rindu

Kalau tiba-tiba dia ingin dengar suara anda sudah tentu itu tandanya dia sangat merindui anda. Masa inilah yang membuatkan hubungan anda dan juga dirinya semakin erat. Mana tidaknya, rasa rindu yang terpendam lama ini lebih seronok untuk dinikmati berbanding hari-hari tanpa rasa rindu.

Jadi, jangan bimbang kalau si dia tidak hubungi anda. Dia ada dan masih setia pada anda. Jangan terlalu fikir bukan-bukan, tak elok untuk hubungan nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen