Doa Daripada Tiga Golongan Ini Tidak Diterima Allah SWT.

Oleh: Zuzu Yasmine

Allah Maha Mendengar, dan Allah ingin menjawab doa hamba-hamba yang meminta kepadaNya. Tapi kadang kala hati kita tentu akan tertanya-tanya, kenapa Allah tak makbulkan doa kita, doa kita tidak sampai pada Allah ke dan lain-lain lagi.

Bila kita berdoa, tentunya kita mahukan Allah dengar dan makbulkan, itu adalah tujuan kita. Tapi kalau macam terlalu lambat, mesti akan tertanya-tanya. Rupanya, doa kadang-kadang boleh terhalang daripada sampai kepada Allah. Penyebab doa terhalang ada tiga iaitu:



1. Berdoa dalam keadaan lalai

Orang yang lalai dalam berdoa adalah orang yang meminta doa dalam keadaan tidak memahami apa yang diminta. Dia hanya mengulang-ulang apa yang telah dihafal dan tidak benar-benar menyelami maknanya.



2. Berdoa dalam keadaan makan dan minum tidak dijaga

Golongan kedua ini adalah mereka yang tidak menjaga sumber rezekinya – mendapat rezeki daripada sumber yang haram sehingga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan harta semuanya juga adalah haram.



3. Berdoa dalam keadaan tidak yakin akan dikabulkan doa

Golongan ini adalah golongan yang berputus asa kepada Allah. Mereka disebut sebagai orang yang tergesa-gesa dalam berdoa kerana apabila doa tersebut lambat dimakbulkan, mereka terus menganggap bahawa Allah tidak mahu memberi atau tidak mendengar apa yang dipinta.

Peliharalah setiap prasyarat dalam berdoa, dan berdoalah dalam keadaan percaya dan yakin. Doa adalah harapan yang tidak harus hilang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen