Ini Antara Ciri-Ciri Wanita Tabah, Untung Siapa Dapat Mereka Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya bila perempuan saja akan dikaitkan dengan sesuatu yang lemah dan juga lembut. Bahkan, mereka ini juga sering kali akan dikaitkan dengan lebih bergantung kepada lelaki ataupun suaminya kelak. Tapi bukan semua wanita seperti itu.

Mungkin ada wanita yang lemah tetapi rata-rata wanita pada masa kini lebih berani dan juga seorang yang suka berdikari. Yang lemah sekarang ini sudah kurang, rata-rata wanita setanding dengan lelaki pada masa ini.



Namun begitu, walaupun mereka ini seorang yang berani dan mampu berdikari tanpa seorang lelaki, tidak ramai diantara mereka yang yang begitu tabah dalam menlalui kehidupan mereka. Nak-nak ujian yang bakal ditempuhi dalam hidup, belum tentu semua orang melalui secara bersendirian.

Nak tahu adakah anda seorang yang tabah atau tidak, lihat ada ciri-ciri seperti ini atau tidak.

Keluar dari zon selesa

Dia tidak takut untuk cuba sesuatu yang baru walaupun jika difikirkan dia tidak perlu untuk lakukan itu kerana sudah terlalu selesa, tetapi bukan untuk wanita tabah. Dia tidak pernah takut dengan segala cabaran yang ada. Dia tidak selesa hidup di dalam keadaan yang sangat selesa kerana ia akan membuatnya bosan. Sebab itulah mereka selalu mencuba banyak perkara kerana tidak mahu hidupnya terasa membosankan.



Pegang pada prinsip

Kurang suka mendengar pendapat orang lain. Namun mereka mempunyai pendirian tertentu yang tidak mudah digugah. Mereka sangat memilih dah tidak sewenang-wenangnya membiarkan diri mereka dinilai.

Sayangi diri sendiri

Apa yang menariknya pada mereka ini adalah mereka tahu bagaimana nak hargai dan sayangi diri mereka. Bahkan, mereka juga jelas bahawa tiada manusia yang sempurna, maka dengan itu mereka tidak bimbang akan kekurangan mereka. Malah mengambil kekurangan mereka sebagai satu kelebihan.



Berjaya tanpa jatuhkan orang lain

Mereka juga memiliki peribadi yang sangat berkualiti. Mereka mempunyai prinsip untuk selalu berusaha dan melayan dengan baik orang yang berada disekelilingnya. Mereka tidak menyakiti dan menjatuhkan orang lain malah membantu orang lain untuk sama-sama hebat. Dia tidak akan puas jika melihat kejatuhan orang lain.

Untung jika bertemu dengan seseorang seperti ini. Sudah tentu hidupnya sentiasa positif dan mara kehadapan. Sedikit sebanyak sebagai pasangan tentu akan dapat tempiasnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen