Tuhan, Berikan Hatiku Pada Orang Yang Tepat. Aku Tak Mahu Terluka Lagi...

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan sudah mengalah dalam mencari pasangan hidup, tapi sudah tidak mahu terluka lagi dengan bertemu orang yang salah dan tidak menghargai diri ini. Hati dan diri ini bukan satu permainan yang bila suka dijaga bila dah jumpa yang baru dicampak dan tidak diperduli.

Niat kita tidak sama macam niat orang lain, boleh jadi kita sememangnya sudah bersungguh-sungguh dengan dirinya tapi rupanya dia hanya menganggap kita ini sebagai tempat suka-suka saja. Tidak perasaan untuk serius malah jauh sekali untuk ke hubungan yang halal.



Keinginan setiap orang dalam mencari jodoh ini sudah tentu takut untuk terluka. Kalau boleh dah jumpa satu itulah sehingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat. Sudah tiada yang lain, tapi itulah semuanya berlaku bukan seperti yang dirancang.



Buat anda yangt berulang kali terluka, ini beberapa perkara yang perlu anda lakukan.

• Jangan cepat beri hati pada awal perkenalan, boleh jadi dia ingin berkawan bukannya ke hubungan serius.

• Bila rasa dia bukan orangnya jangan terus berharap, segera tinggalkan kerana nanti anda yang bak ditinggalkan.

• Jangan mengalah dalam mencari jodoh, akan ada seseorang yang tepat buat anda nanti.

• Dekatkan diri dengan Allah, sentiasa berdoa kepadaNya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat anda.

• Sentiasa solat Istikarah, sebelum serahkan hati anda. Kalau dia jodoh yang sebenar anda akan dapat petunjuk.

• Kalau niat nak mencari jodoh, jangan hanya fokuskan kepada seorang saja. Berkawan dengan ramai orang.

• Perbaiki diri anda untuk menjadi lebih baik, InsyaAllah jodoh akan datang dengan segera.

Jangan terlalu bersedih berdepan dengan hubungan yang tidak menjadi. Boleh jadi ia adalah satu pengajaran yang berharga buat diri anda. Masih banyak masa lagi untuk anda bertemu dengan seseorang yang tepat.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen