Wanita Bujang Atau Sudah Berkahwin Kena Amalkan Doa Terlindung Dari Segala Fitnah Yang Memburukan Maruah Diri.

Sebagai seorang wanita, tentu kita mahu menjaga nama baik diri sendiri, keluarga serta suami kita. Mana tidaknya, orang perempuan ini begitu mudah terlibat dengan fitnah yang tidak tersangka-sangka. Sebaik mana pun yang telah anda lakukan, kalau ada fitnah yang tidak sepatutnya ia tetap akan tersebar dengan cepat.

Orang perempuan ini, setiap langkahnya akan diperhatian orang. Begitu juga dengan cara berpakaian dan juga pergaulan. Sebab itulah, langkah seorang wanita ini perlu berhati-hati, dia membawa nama ibu bapanya, serta suaminya ke mana saja dia pergi.



Fitnah itu boleh datang dari pelbagai arah, boleh jadi ia datang melalui diri kita sendiri, tapi ada juga yang terjadi kerana silap penilaian orang bahkan boleh jadi dari orang yang tidak puas hati dengan diri kita. Fitnah ini bahaya, kita tidak tahu apa yang orang fikir dan pandang kita. Tahu-tahu saja ada perkara yang tidak baik didengari.

Walaupun kita sudah menjaga diri dan nama keluarga dengan baik tetapi akan tetap timbul perkara sebegini.
Macam mana nak elakkan diri dari terkena fitnah ini;



1. Jaga pergaulan kita

Tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bukan itu saja, pemilihan kawan juga penting. Orang kalau kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, wangilah bau kita tapi jika sebaliknya begitulah juga yang kita dapat.

2. Jaga gaya pemakaian

Jangan memakai pakaian yang terdedah sana sini hingga mendatangkan fitnah. Berpakaian dengan sopan seperti wanita Islam, barulah sejuk mata memandang.

3. Amalkan doa ini



Semoga kita terhindar dari fintah yang membinasakan hidup kita ini.



Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen