Nafkah Suami Untuk Isteri Ada 3 Jenis, Nak Jadi Suami Kena Peka Bab Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila fikir bab kahwin ini memanglah rasa seronok, mana tidaknya tidur ada orang teman, ada teman nak ajak bergaduh dan bergurau. Tapi itulah, kalau fikir seronoknya saja tak bersedia pula nak fikir akan tanggungjawab dan ujian dalam perkahwinan.



Alam perkahwinan ini banyak tanggungjawabnya, baik suami mahupun isteri. Nak hidup bahagia dan harmoni, masing-masing kenalah tahu akan tanggungjawab yang sudah diamanahkan. Bukannya fikir nak seronok saja tapi bab tanggungjawab lepas tangan.

Dalam perkahwinan ini juga, orang lelaki yang sudah bergelar suami akan lebih banyak tanggungjawabnya berbanding isterinya. Dah nama pun ketua keluarga, dah tentunya banyak tanggungjawab. Sebelum fikir seronoknya kahwin, jom kenal tanggungjawab seorang suami dulu. Paling penting bab nafkah.



Nafkah ini ada 3 jenis, antaranya;

Nafkah keluarga

Yang ini suami kena sediakan tempat tinggal isteri dan anak-anak, makan dan minum yang cukup, pakaian yang menutup aurat, perhiasan dan kemampuan suami membantu rumah. Nak sediakan semua ini sudah tentu perlu berkerja, kalau dapat kerja tetap alhamdulillah tapi kalau belum rajin berkerja pun dah bersyukur mampu sediakan semua ini.



Nafkah barang peribadi isteri

Selalunya orang lelaki lupa bab ini, bila bagi duit belanja ingat dan melengkapi nafkah ini. Nafkah ini wajib beri walaupun isteri berkerja. Beri dia duit dan biarkan dia beli apa yang dia suka. Sebagai contoh, dia nak beli baju baru ke, makeup ke ataupun nak simpan itu hak dia.

Nafkah batin

Bukan saja kepuasan nafsu isteri, suami wajib membantu isteri bahagia dan gembira. Termasuklah bergurau sendia, mengajar ilmu agama dan membahagiakan isteri. Itu belum lagi bab puji memuji isteri, ramai yang lupa itu.

Bila seorang lelaki dah faham bab ini, barulah dia dapat laksanakan tanggungjawab dengan baik sekaligus membuatkan alam perkahwinan dan keluarga yang terbina itu lebih bahagia dan harmoni.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen