Jangan Cari Yang Terbaik Kalau Yang Baik Itu Sudah Depan Mata.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa saja yang tidak mahu pasangan yang terbaik buat diri sendiri, nak bawa sampai ke hari tua tentunya inginkan yang terbaik. Sebab itu nak memilih pasangan ini boleh jadi rambang mata bila dah jumpa yang tepat, tapi ada juga yang menjadi buta mata.

Nak pilih pasangan ini tidak semudah membeli ikan dipasar, tetapi ia lebih sukar berbanding memilih baju untuk dipakai. Ini kerana, pasangan ini bukan saja mencerminkan diri kita tetapi ia juga penawar segala luka.



Ramai orang tersilap langkah dalam memilih pasangan ini, mereka sentiasa mahukan yang terbaik tanpa memandang yang baik. Tanpa sedar, yang baik itu sudah cukup untuk membahagiakan berbanding yang terbaik. Ini kerana, yang terbaik kadang kala akan datang sebagai ujian lalu mencari yang terbaik sama seperti dirinya.

Sebab itu bila sudah ada calon yang sesuai, jangan sibuk melihat yang lain. Ini kerana, yang lain itu akan datang untuk menguji hubungan kalian saja.



Manusia ini tidak pernah puas

Dalam semua perkara, manusia sememangnya tidak pernah puas. Mereka selalu inginkan yang lebih dari apa yang mereka ada. Walaupun apa yang mereka ada itu adalah perkara yang sudah mencukupi buat diri mereka.

Mereka tidak pernah fikir, adakah mereka ini sekadar yang baik ataupun terbaik buat seseorang. Tapi apa yang mereka mahukan adalah mereka lebih dari orang lain.

Sama juga dalam mencari pasangan, kadang kala kita nak yang terbaik ini bukan untuk masa depan tetapi lebih untuk memuaskan diri sendiri pada waktu itu dan juga ingin menunjuk kepada orang sekeliling yang kita mampu dapat yang terbaik.



Dia yang sebaiknya

Mencari pasangan hidup ini tidak perlu begitu sempurna, kerana sempurna itu boleh membebankan diri anda. Akan tetapi carilah seseorang yang mampu setia, bahagiakan dan juga sanggup susah senang bersama anda. Bahkan yang paling penting, anda selesa bersamanya dan keluarganya juga menerima anda dengan baik.

Orang kata jangan seperti pipit yang mahu menjadi enggang. Nak pasangan yang sempurna tetapi kesanggupan anda untuk sama taraf dengannya bukanlah perkara yang anda fikirkan.

Tak apa kalau dia hanya sekadar baik dan biasa-biasa saja, asalkan bila dah jadi pasangan iaitu suami isteri dia adalah yang terbaik dalam diam.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen