Aduh! Bila suami atau teman lelaki marah kita, apa yang perlu kita buat? Biasanya dia akan buat jelingan tajam itu pun dah takut inikan pula bila dia marah. Nak-nak lagi bila pasangan kita itu susah marah tapi kalau marah sudah tentunya susah nak reda.
Tapi kadang kala, tak nampak pun lelaki ini marah jika tak perhatikan betul-betul. Melainkan dia itu jenis suka maki hamun dan jenis panas baran. Kalau jenis yang marah dalam diam ini lagi susah nak diredakan.
Macam mana nak tahu lelaki sedang marah,
Jawab sepatah-sepatah
Macam biasalah mereka ini bila marah akan mula jawab sepatah-sepatah, tak kiralah berapa ribu patah yang kita bagi tetap akan jawab sepatah juga. Ini kira okay lagilah dia nak bercakap dan menjawab apa yang dikatanya, dari yang senyap terus tak nak bercakap. Kalau dalam situasi ini, masih ada peluang nak pujuk dan minta maaf.

Muka masam macam telan cuka
Bila dah jawab sepatah-sepatah muka mesti masam macam baru telan cuka. Tak ada senyum tak ada apa, memang masam sajalah satu hari. Itu belum lagi diberikan kita sentuman kosong tanpa gula memang lagi pening kepala dibuatnya. Biasanya yang macam ini susah nak bagitahu apa salah tapi buat kita serba salah.
Abaikan call atau panggilan
Ini pun satu masalah juga, bila marah saja lebih suka diamkan diri dan tak mahu selesaikan secara baik. Mungkin mereka ini lebih suka redakan kemarahan mereka sendiri, mana tidaknya kalau tiba-tiba dia tertinggi suara dengan anda tentunya keadaan jadi lebih teruk. Baik dia abaikan saja dulu tapi pada masa yang sama harap anda cari.

Keluar dari rumah
Paling ramai yang buat ini, bila tak mampu nak selesaikan masalah atau luahkan perasaan mereka. Orang lelaki lebih gemar untuk keluar menghirup udara segar dan juga lepak bersama rakan-rakannya. Mungkin bila pulang dia dah lupakan segala rasa marah tadi.
Tidur
Mungkin bila dia celik mata dia akan teringat lalu rasa marah itu kembali, jadi dia memilih untuk tidur bagi meredakan segalanya. Tapi takut juga kalau bangun tidur dia terus buat keputusan yang bukan-bukan, baik terus minta maaf kalau macam ini.
Orang lelaki ini bila sayangkan perempuan dia memang tidak akan cakap, tetapi kita sebagai perempuan kenalah tahu macam mana bila pasangan kita marah. Alah, nampak dia lain macam tu terus minta maaf je senang.
Tinggalkan Komen