Kenapa Orang Lelaki Ni Relax Je Tak Kahwin Selagi Umur Tak Cecah 30an? Ini Sebabnya Rupanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap pasal kahwin ini, orang lelaki selalunya lebih tenang jika jodoh tidak sampai pada usia yang muda. Mereka ini akan lebih bersedia untuk berkahwin apabila umur mereka sudah hampir dengan 30an, masa itu baru fikir nak cari pasangan dan kahwin.

Berlainan pula dengan wanita, mereka ini lebih memikirkan untuk berkahwin pada usia yang muda. Ini kerana, mereka tahu lebih banyak faedah yang akan mereka perolehi. Sebagai contoh, tahap kesuburan masih lagi tinggi, banyak tenaga untuk uruskan rumahtangga dan anak-anak serta mereka lebih matang dan bersedia.



Kalau orang lelaki ini lain, dia nak enjoy dulu. Bagi mereka, bila sampai masanya tentunya mereka akan mendirikan rumahtangga.

Nak tahu kenapa orang lelaki ini relax je selagi umur tak cecah 30 tahun?

Mereka jarang nak kena serang dengan makcik bawang

Selalunya, makcik bawang hanya akan menyerang orang perempuan saja, mana tidaknya sama-sama kupas bawang di dapur. Bagi mereka, orang lelaki ini kahwin lambat tidak mengapa masih laku lagi tapi kalau orang perempuan kahwin lambat susah nak laku. Tapi sebenarnya, semua bergantung kepada jodoh. Namun, bukan kerana soalan yang bertubi-tubi inilah yang membuatkan lelaki lambat kahwin.



Mereka ada tanggungjawab dalam keluarga

Mungkin adik-adik masih kecil dan ibu bapa pula perlukan perhatian daripada mereka. Sebab itulah dia ingin fokus dulu kepada keluarga yang ada sebelum membina keluarga sendiri. Dia lebih utamakan tanggungjawab sebagai anak dan abang dulu sebelum fikir nak kahwin ini.

Tak ready lagi nak kahwin

Bila tengok kawan-kawannya yang sudah kahwin kurang mempunyai kebebasan seperti waktu bujang, itu yang membuatkan dia lebih tidak bersedia untuk kahwin. Dia ingin menikmati masa bujangnya terlebih dahulu sebelum memberi fokus kepada keluarga, isteri dan anak-anak kelak.



Masih belum ada kereta, rumah dan kerja tetap

Sebagai bakal ketua keluarga, tentunya dia memikirkan akan perkara ini. Dimana isteri dan anak-anak akan tinggal? Bagaimana ingin beri keselesaan hidup pada anak dan isteri? Bahkan, nafkah yang perlu diberi setiap bulan nak dapat dari mana? Melainkan kalau dia sudah mampu semua itu, barulah dia bersedia nak kahwin.

Tak jumpa calon yang sesuai lagi

Paling mudah sebenarnya, orang lelaki ini tak relax mana pun kalau kawan-kawan dia sudah kahwin. Tapi nak buat macam mana, tak jumpa calon yang sesuai lagi. Sebab itu dia masih membujang sehingga sekarang.

Korang setuju tak dengan sebab-sebab ini?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen