Bersyukur Kahwin Ketika Usia 30an. Ini Kelebihnya Bagi Wanita Ramai Yang Tak Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita tahu berkahwin pada usia yang muda sememangnya banyak kelebihannya, tapi tidak semua orang dapat berkahwin pada usia yang muda. Dah, jodoh datang lambat kenalah terima usia berapa pun. Janji si dia datang pada waktu yang tepat.



Kalau selalunya wanita yang kahwin pada usia 20an ini mempunyai pelbagai kelebihan, tidak ketinggalan juga mereka yang kahwin pada usia 30an ini. Ini antara kelebihan yang bakal anda perolehi.

Bijak sesuaikan diri

Macam orang kata, bila makin berumur sudah tentu akan semakin matang. Jadi ketika usia ini, sudah tentu ramai yang bijak sesuaikan diri dalam apa juga keadaan. Nak-nak lagi keadaan di rumah mertua. Tiada masalah untuk dia uruskan kerana dia matang dalam hadapi apa-apa situasi.



Tahu uruskan mana yang paling utama

Walaupun ada banyak tanggungjawab seperti kejaya, rumahtangga dan juga perkara lain. Mereka ini lebih bijak menguruskan sesuatu perkara yang dia rasakan paling utama. Bijak bahagikan masa juga membuatkan mereka ini mampu lalui kehidupan rumahtangga dengan agak tenang.

Tenang hadapi sikap pasangan

Bukan seorang yang terlalu mudah ikut perasaan, dia lebih tenang dan fikir dulu satu tindakan sebelum bertindak. Kiranya, mereka ini tidak akan bertengkar mengenai perkara-perkara yang kecil. Apa-apa sikap pasangan yang kadang menguji pun mereka lebih banyak bersabar.



Lebih fokus untuk keluarga

Mungkin sudah cukup berseronok dengan rakan-rakannya, kini dia lebih fokus kepada suami dan anak-anaknya. Bukan sudah tidak bergaul dan bersosial tetapi sudah kurang dan mula fokus kepada keluarga saja. Masa ini dia sudah tak fikirkan keseronokan bersama rakan-rakan tetapi lebih ingin bersama keluarga.

Lebih bersedia nak anak awal

Kalau masih muda, sudah tentu akan merancang terlebih dahulu untuk memiliki anak. Tetapi tidak bagi mereka. Mereka lebih bersedia untuk mendapat anak bila-bila masa saja.

Jadi tiada yang lambat atau apa pun, berkahwin pada usia mana pun tidak penting. Yang penting, dia adalah orang yang tepat dan menjadi peneman anda sehingga ke akhirnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen