Wanita Kening Bersambung Seorang Cemburu Buta?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap pasal orang yang memiliki kening bersambung saja, tentu ramai yang akan kaitkan mereka ini dengan cemburu. Ya, ramai yang berpendapat bahawa orang yang memiliki kening bersambung ini seorang yang cemburu buta, tidak kiralah lelaki atau perempuan?

Betul ke?

Berdasarkan petikan dari Bukanaku, wanita kening bersambung tanda seorang yang unik dan kreatif.

Setiap satu yang ada pada tubuh badan wanita itu mempunyai keistimewaannya tersendiri, malah ada yang berpendapat setiap satunya berkait rapat dengan personaliti individu itu sendiri.



Antara yang sering diperkatakan ialah bentuk kening wanita, ada diantara kita memiliki berlainan bentuk kening, ada yang nipis, tebal, malah ada yang keningnya bersambung.

Malah ada diantara mereka yang berkening sambung berpeluang menjadi top model antarabangsa! Siapa kata wanita berkening tebal dan bersambung tidak cantik?



Jarang kita jumpa mereka memiliki kening bersambung ini, mereka yang berkening sambung sememangnya seorang yang agak unik dan istimewa. Biasanya orang yang memiliki kening begini merupakan seorang yang unik dan kreatif.

Tapi mereka juga suka berkhayal dan memiliki kecenderungan untuk menilai orang sekeliling. Suka bersendirian dan sebenarnya sangat peramah jika anda yang mulakan dahulu perbualan, ini kerana mereka seorang pemalu.

Lepas ini jangan takut dengan wanita yang memiliki kening bersambung ini. Kalau mereka ini cemburu pun itu kerana mereka sayang akan anda. Tak gitu?



Anda masih keseorangan?

1,091,775 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen