"Suami Itu, Orang Yang Menentukan Syurga Atau Neraka Buat Isterinya..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Baik lelaki atau wanita, kedua-duanya mahukan pasangan yang baik. Pasangan yang mampu beri kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Pasangan yang mampu setia saat susah dan senang. Malah, pasangan yang mampu membimbing ke jalan syurga.

Itu adalah idaman mana-mana mereka yang masih bujang dan sedang berusaha mencari peneman hidup.

Sering kali juga diingatkan, seorang wanita bila ingin mencari calon suami perlu berhati-hat dalam memilihnya. Wajah yang kacak, poket yang tebal belum tentu memberi anda kebahagiaan, akan tetapi sikapnya, agamanya serta kasih sayangnya pada anda itu yang menentukan kebahagiaan anda.



Begitu juga dengan lelaki, jangan pandang sangat pada luaran tapi lihat juga dalaman yang perlu anda bimbing hingga ke hari tua kelak. Seperti perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini, suami itu adalah orang yang menentukan syurga atau neraka buat isterinya.

Suami adalah syurga dan neraka isteri.

Suami itu menjadi asbab kepada isteri untuk masuk syurga dan juga neraka. Jika isteri itu taat kepada suami, maka SYURGA yang menantinya. Jika isteri itu derhaka kepada suami, maka NERAKALAH yang menantinya.

Berapa ramai SUAMI yang NAK isteri dia masuk NERAKA?



Angkat tangan...

Kalau tak nak isteri masuk NERAKA, kenapa kita letak dia dalam keadaan dan situasi yang mana, dia boleh "DERHAKA" terhadap suami?

Susah sebenarnya untuk suruh isteri terus TAAT pada suami yang tak tunaikan kewajipan, tanggungjawab serta tugas-tugas dia dengan BAIK.

Susah isteri nak terus BERLAPANG DADA dan TERBUKA dengan suami yang meletakkan bebannya di bahu isteri, yang menyerahkan segala urusan rumah dan juga urusan anak-anak kepada isteri semata-mata.

Susah juga isteri untuk terus BERSABAR dengan suami yang berfoya-foya diluar, tidak membantu dirumah, tidak solat, bermaksiat dan sebagainya.

Situasi dan keadaan ni lambat-launnya akan membawa kepada "PENDERHAKAAN" seorang isteri ke atas sesuatu yang TAK PATUT DITERIMANYA dari seorang suami.

Suami BUAT apa yang agama larang, suami TAK BUAT apa yang agama suruh.



Bila isteri dah hilang sabar, dah takboleh hadap dengan suami sebegini, maka keluarlah "PENDERHAKAAN SEORANG ISTERI" pada definisi seorang suami walhal ianya lebih kepada satu bentuk "PEMBERONTAKAN" dek kerana "DIPERGUNAKAN" oleh SI SUAMI dalam rumahtangga itu.

INGAT, walaupun ramai wanita dalam NERAKA, itu tidak menandakan sikap dan perbuatan kita terhadap isteri MELAYAKKAN kita ni masuk secara AUTOMATIKNYA ke SYURGA.

Kesimpulannya, suami jangan letak isteri dalam situasi dan keadaan dimana dia boleh "MENDERHAKA" dek kerana ingin menuntut apa yang layak dan wajib diterimanya dari seorang suami.

Tunaikan HAK ISTERI tanpa perlu diminta, jangan biar dia "MENDERHAKA" kerana kita pasti taknak ISTERI kita masuk NERAKA dan kita juga DIHERET SAMA.

Renung-renungkan...



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen